Tuesday, September 29, 2009

Damba RedhaMu

Song & Lyrics: ez_souteen Music Arrangement: Akimida

Telah ku mencuba hampir kepadaMu Tuhan
Mendamba rasa cinta yang tiada ternilai
Namun diri ini pasrah dengan ketentuan
Yang sentiasa mengiringi hidup insan

chorus*
Bersujud berserah pada tuhan
Mengharap rahmat keampunan
Berdoa harap keredhaanMu tuhan
Ku panjatkan..

Berikan rasa cinta kepada hambamu ini
Yang mengharapkan rahmah dan maghfirah ilahi
Pujian kesyukuran kupanjatkan kepadamu
Agar meraih cinta ku damba selamanya…

ulang Chorus..

Tuhan yang maha mengasihani
Kasihilah daku ampuni daku
Jangan engkau biarkan daku tersisih
Dengan yang mendapat cinta dari mu
Hanya itu yang ku damba selamanya..


Mendapat pemberian music minus one dari Cikgu Hakim sewaktu praktikal. Lagu yang sememangnye takde lirik pada mulanya. Sekali dengar da jumpe feel lagu. Cari-cari soul sikit then dapat siap lirik dan melodi lagu skali. Record kat umah sewa time praktikal. Bulan pose lak tu. huhu orang tido aku memekak.haha..perdengarkan..

Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!