Sunday, June 27, 2010

Tutorial Vokal 3 : Vocal Register


Selamat bertemu kembali. amacam hari ini? sihat sume?yang sakit sile2 lah berehat..yang sihat, syukurlah anda di berikan peluang untuk bernafas lagi. Bagaimana dengan training pernafasan korang?clear?harap-harap korang boleh ikut la ape yang aku bagi. Aku hanya berkongsi. Sumenye PERCUMA! FREE!!

Ok! korang familiar tak dengan vokal register?dalam melayunyer "pendaftaran vokal"..haha agak kelakar bunyinye bukan?hehe..ikut la ape korang nak panggil. Aku akan sebut vocal register je. Kalau aku sebut PENDAFTARAN VOKAL nanti tak jadi ngaja aku.gelak sajer...haha ok vocal register ni pasal macammane nak register vokal kite dari pitch rendah ke pitch tinggi. Aku kekadang fail lagi mende nih. da bertahun berlatih. Al maklumlah..tidak berguru..guru aku hanya rakan2 sepernyanyian, video, audio exercise camni je..huhu..tapi yang penting kita same-same kene cube.



Ok. Sambung balik. Aku cadangkan lebih elok ade instrument dengan korang kalu nak training vocal register ni. Ikut la piano ke, keyboard ke tau pon gitar. Gitar tu pastikan tune betul2. ikut standard. Ade tiga range vokal yang sesuai bagi perempuan dalam nak register vokal ni.
1. Alto (C sampai G)
2. Mesosoprano (G sampai B)
3. Soprano (G sampai atas>highC)

Untuk perempuan yang vokal rendah, sesuai dengan Alto. Range Alto ni dari note C bawah middle C kat piano@keyboard (kalu aku hanye ade gitar kapok je. kalau gitar pon same.Aku gune tali E atas skali. Korang cari la note C kat situ. Itu la bunyinye..) sampai note G bawah high C (kat gitar korang tali bawah sekali, tali e, korang cari la mane G). Perhatian aku tak belajar kursus muzik. aku belajar sendiri je.kalu korang pandai, faham-faham je la ye).

Mesosoprano ni lak antara range Alto ngan range Soprano. Dari note G bawah note middle C sampai la note B sebelum high C. Pandai tak cari note-note n sume?Tak pandai btau k?=p hehe..

Ok kalau Soprano lak range die dari note G bawh note middle C sampai la atas dari note high C.

Itu untuk perempuan kalu untuk lelaki lak?Pon ade tiga range.
1. Bass (Fsampai F>middleC)
2. Baritone (A sampai B>middleC)
3. Tenor (C sampai C>middleC)

Untuk lelaki yang vokal rendah, sesuai lah wat bass ni. Range Bass start dari note F atau mane-mane note asalkan die bawah dari middle C. Range bass ni sampai la note F atas dari middle C. Kate si Ava ni kire-kire dalam lapan note jugak la. Tak tau lah..aku tak pernah kire lagi.

Baritone lak antara range bass ngan range tenor. Start dari note A bawah middle C, sampai la note B atas dari middle C. Untuk Tenor lak dari note C bawah middle C, sampai la C atas note middle C. ok? Faham?

bersambung...

untuk download tutorial sile ke sini

Thursday, June 24, 2010

Sumber Maklumat Nyanyian Pertama Di Malaysia



Menyanyi merupakan satu aktiviti yang digemari ramai,bukan sahaja dikalangan anak anak muda malah ianya juga digemari oleh para belia,pakcik makcik dan ada juga golongan yg sudah berumur.

Sejak dari dulu lagi banyak pertandingan pertandingan nyanyian yang dianjurkan,antara yang popular adalah seperti Bintang RTM,Bintang Radio,Bintang Asli,Bintang HMI dsb,dan kini format realiti menguasai pertandingan pertandingan nyanyian seperti Akademi Fantasia(AF),One In A Million,Gangstarz,Mentor dan beberapa lagi. Sambutan terhadap rancangan rancangan nyanyian berbentuk realiti ini amat memberangsangkan,dan stesen stesen televisyen telah mengaut untung yang agak besar hasil dari undian sms dari penonton.

Berdasarkan pada fenomena AF3 dimana Mawi menjuarai AF musim tersebut,sebanyak hampir RM13 juta ringgit telah berjaya dikutip hasil dari undian sms penonton sahaja.

Tidak dinafikan yang penonton kita memang menggemari nyanyian.Pun begitu masih banyak kekurangan pada kualiti penyanyi penyanyi yang mengambil bahagian,yang bagus boleh dikira dengan jari.

Ini terjadi kerana mungkin pendedahan yang kurang terhadap ilmu nyanyian.Ramai yang boleh menyanyi namun tak ramai yang tahu teknik sebenar cara menyanyi dengan betul.

"Fakta: Semua Orang Boleh Menyanyi!!"

Ini mungkin mengejutkan ramai orang dan juga menggembirakan ramai orang.Kini dengan sedikit kesungguhan dan disiplin dalam mendalami ilmu nyanyian anda sudah boleh menyanyi.Ini diakui oleh ramai guru-guru vokal diserata dunia!!!!

Buat pertama kali di Malaysia seorang bekas penyanyi tanahair hari ini tampil dengan menyediakan satu kompilasi teknik teknik serta tips tips nyanyian kepada umum dengan menulis sebuah ebook berjudul Rahsia Vokal.Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Zarul Umbrella,bekas penyanyi kumpulan pop 90an yang pernah popular dengan lagu Ramalan Ku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu.Beliau telah membentangkan segala rahsia serta teknik nayanyian yang betul yang pernah diguna pakai oleh beliau sendiri semasa menjadi penyanyi pro suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik tentang ebook ini?Mungkin inilah yang anda fikirkan sekarang bukan? Baiklah mari saya terangkan.

Berikut adalah beberapa tips serta teknik nyanyian yang terdapat dalam ebook ini:-

  • Bagaimana dengan latihan pernafasan yang betul mampu memberikan anda satu kuasa pernafasan yang hebat ketika menyanyi.
  • Bagaimana dengan latihan pernafasan menggunakan teknik “SSSS”, mampu melatih pernafasan bagi pelbagai rentak serta nada lagu.
  • Bagaimana untuk melakukan pernafasan ketika menyanyi, jika salah meletakkan nafas, nyanyian mudah menjadi sumbang dan anda mudah termengah.
  • Bagaimana mengelak diri dari mengalami kecederaan suara. Jika berlaku anda terpaksa berehat lama sehingga anda pulih. (itu pun jika boleh pulih)
  • Bagaimana menggunakan otot-otot yang berkaitan sahaja bagi mengeluarkan suara yang berdaya tinggi tanpa memberi tekanan kepada otot-otot yang yang lain.
...dan banyak lagi tip tip yang menarik untuk dibaca dan dipraktikkan.

Jadi jika anda merupakan peminat karaoke,selalu memasuki pertandingan nyanyian atau mungkin anda bercita cita untuk mengasah bakat anda menjadi superstar ini lah masanya untuk anda mengambil peluang ini sementara ianya dipasaran dengan memiliki ebook unik ini.Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan salinan ebook anda di sini:

Wednesday, June 23, 2010

Tutorial Vokal 2: Breathing Exercise

Selamat bertemu kembali. Kali ini kita akan belajar tentang pernafasan dengan lebih lanjut. Kita akan berlatih menggunakan ini setiap hari selepas ini.ok?hehe

Ok! kita mula kan sekarang! saya bilang 1..2..3..tarik nafas! sekarang tahan nafas anda. Aku tolong kira 1 sampai 10. satu! dua! tiga! empat! lima! enam! tujuh! enam tujuh! lapan! sembilan! sepuluh! hah! hembus~!..hehe amacam cukup tak sepuluh?

Itu korang hembus biase kan?sekarang aku nak korang hembus tapi gune hissing technique (teknik berbisik)..camne tuh?ha..cube wat bunyi ular sket?hissssss~...nah! itulah die. Kalau boleh korang hembus@hissing tu perlahan2..lagi lame boleh tahan lagi bagus! Aku ingatkan JANGAN sekali-kali CURI NAFAS!! cube gune sepenuhnya udara yang telah korang sedut tadi..amacam?ape korang rase?

Kate si Eva ni lepas wat hissing kena duduk n rehat kejap. Pastu korang wat lagi tau. Kali ini pastikan posture badan. Posture badan adalah penting. Kena berdiri tegap tetapi biarlah selesa. Jangan sesekali biase-biase membongkokkan badan. Nanti kang korang akan jadi bongkok! percayakah?percayalah~..Ok Ulang lagi hissing tadi. Ini lebih kurang adalah latihan untuk melatih agar kita boleh bernafas lebih lame.

Lepas kita wat hissing ni, try lak kite hembus dengan bunyi vokal "A"..bunyinya AAaaa...nanti korg dengarlah audio training yg aku letak ni.ok?

bersambung...

untuk download tutorial sile ke sini

Tutorial Vokal 1:Breathing


Kita akan belajar bagaimana nak menyanyi kat sini..hehe bermula dari hari ini, saat ini..aku akan kongsikan ape yang aku dah belajar pasal menyanyi di sini. Macam-macam tau. Hope korang dapatlah belajar same-same dengan aku. Mende free camni jangan simpan sorang-sorang. So aku kongsilah dengan korang.

Yang ni aku petik dari tutorial si Eva nih. Aku translate la sket sebanyak. Dengar!!! Faham-faham sendirilah ye. Katenye mende ni memang sesuai untuk level beginner cam kite dan juge sume level. Katenye adalah perlu untuk kita tahu bagaimana cara bernafas dengan baik dan sesuai dalam nyanyian. Adalah lebih elok kita wat teknik bernafas ni di depan cermin. Bukan ape senang nak tengok otot tulang rusuk, bahu dan dada kite bergerak nanti.

Bile kite menyedut nafas, tumpukan perhatian kita terhadap pengembangan tulang rusuk kite. Pengembangan tulang rusuk kita di sebabkan pengembangan otot diafragma dalam badan kite. Kalu da boroi tu cover-coverlah sket..oops..ahaha Maybe payah tapi cube-cubelah ye.kalu kurus macam aku boleh la tengok..macam tali gitar dah..haha nak faham lagi camne diafragma berfungsi, boleh bukak buku sains topik pernafasan. Aku ingat2 lupe..hoho Pastikan memang kita betul-betul rase rusuk kite mengembang eh..kalu dapat kembangkan, korang tahan la beberapa saat..pastu baru hembus nafas..pastu ulang-ulang lagi..tahan makin lame makin lame pastu hembus..ok?

bersambung..

untuk download tutorial sile ke sini

Latihan Vokal akan bermula!!!


Siapa minat nyanyi?..suara kita sebenarnye boleh di upgrade ke tahap yang lebih baik. Tak lama lagi, saya akan kongsikan tip vokal oleh Ava Tracht Landman (trainer yang luarbiasa & selaku pemenang anugerah Pencapaian Luarbiasa dalam Melatih Vokal dalam anugerah 2006 Film Recording & Entertainment Council di US )..Kita boleh sama-sama melatih vokal untuk nyanyian, mengaji, berkomunikasi, pengacaraan dan macam-macam lagi..selamat berkunjung ke sini!!!=)

Thursday, June 17, 2010

Album Souteen Volume 1


Alhamdulillah..akhirnya aku sudah bersedia mereleasekan album pertama Souteen setelah lengkapkan lapan buah lagu yang aku hasilkan dalam tahun 2006 - 2009. ade tiga tahun tu...huhu lame tak?

Cukupkan lapan buah?ke nak banyak?mende free camni sikit-sikit je dulu. Kalu dah bayar nanti baru aku kuarkan banyak2..hoho..ok?

Ini track lagu dalam ni..
1.Souteen_-_Hingga KetentuanNya.mp3
2.Souteen_-_Tentang Ini.mp3
3.Souteen_-_Saat Itu.mp3
4.Souteen_-_Serah PadaMu.mp3
5.Souteen_-_Damba RedhaMu.mp3
6.Souteen_-_Ingatlah.mp3
7.Souteen_-_Tetaplah Disini.mp3
8.Souteen_-_Melangkah Bersama.mp3

download album Souteen volume 1 DI SINI

terima kasih..=)

Wednesday, June 9, 2010

Kau Hancurkan Semua


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



lirik/lagu: izzat yusof

A
takkan ku membisu
G A
dari suara hatiku
takkan ku menutup
mata yang memandangmu

F G
tak bisa ku lihat begitu
ikut suka kehendakmu
sanggup kau musnah semua

CHORUS*
c G
kau hancurkan hidup kita
G F
kau hancur dengan derita
G
dengan derita

kau musnahkan segalanya
kau musnah dengan nestapa
dengan nestapa

CGFGA

F G
tergamak kau buat begitu
kau rakus menindas haknya
tinggal hanya sisa bekasnya

Ulang chorus*


dulu aku da penah post preview pasal lagu ni. Aku tujukan lagu ni atas kekejaman Israel terhadap masyarakat palestin khususnya..umumnya masyarakat dunia..

Monday, June 7, 2010

Israel cabar masyarakat dunia!!




Bengang aku melihat tindakan rejim Israel ni.Sangat kejam!!!Tahap binatang!!!. Boleh bunuh membunuh sesuka hati je. Pergh!!tak leh terima betol aku. Masyarakat dunia semakin tercabar. Aku harap Israel mendapat hukuman yang setimpal dengan tindakannya..HANCUR!!! HANCUR!!! HANCUR ISRAEL!!!!



Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!