Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Buat Minus One sendiri je!

Alhamdulillah, semalam 22 Febuari 2011, saya telah dapat menyiapkan ebook yang pertama saya. Saya tulis ebook ini berdasarkan pengalaman saya menghasilkan minus one sendiri. Saya seorang yang suka menyanyi. Sejak dari bangku sekolah memang saya terlibat secara langsung dalam aktiviti nyanyian terutamanya nasyid.

Saya sering mencari lagu-lagu minus one di internet. Memang bukan senang nak dapatkan minus one samaada di pasaran mahupun di internet. So, saya dan rakan-rakan sentiasa mencari alternatif untuk hasilkan minus one sendiri. Walaupun tidak sesempurna lagu asal, tapi ianya sudah cukup untuk mengiringi nyanyian kami di waktu itu.

Saya telah catat semua 3 kaedah menghasilkan minus one sendiri di Rahsia Minus One. Saya sebenarnya memang tidak pandai bermain alat muzik, dan oleh sebab itu saya sendiri yakin anda boleh hasilkan minus one dengan ketiga-tiga kaedah ini walaupun anda seorang yang langsung tidak tahu bermain alat muzik!

Mungkin anda masih blur dengan apa yang saya ceritakan di sini. Saya cadangkan anda untuk dapatkan edisi percuma RAHSIA MINUS ONE di bawah. Klik gambar!


Wednesday, February 16, 2011

Tolong saya! Zarul mesti marah saya buat macam ini!

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya nak anda tonton video ni kejap.



Kontroversikan tajuk saya ni? hehe bukan apa sebenarnya saya baru je belajar sesuatu dari Zarul Umbrella. Tak rugi saya memiliki ebook Rahsia Vokal. Saya boleh belajar muzik dengan konsep yang betul.

Ok, dalam video di atas saya ada tunjukkan yang anda boleh bermain muzik dengan keyboard PC/laptop anda sahaja. Dan saya memang nak ajar anda macam mana nak main keyboard guna keyboard PC/laptop anda. Saya sedang siapkan video-video tutorial kepada ahli group Belajar Vokal di facebook.

Tak semua orang dapat akses video ni. Hanya untuk pembeli ebook RAHSIA VOKAL dari link http://rahsiavokal.tk ini sahaja!

Saya tak cerita banyak, sebab saya nak kongsikan banyak cerita dengan ahli group Belajar Vokal di Facebook. Jika anda nak jadi salah seorang ahli, sila dapatkan ebook Rahsia Vokal sekarang juga. Anda juga akan dapat Panduan Membaca Nota Muzik secara percuma!


Tuesday, July 6, 2010

Tutorial Vokal 5 : Introduction to Scale



..ok skang kite masuk pasal skala lak..tapi sebelum mulekan pemanasan suara ni perhatian! korang kene faham yang suara kita ni lain-lain..pelbagai..tak same..berbeza..jangan la korang nak banding-bandingkan nape orang tu boleh tahannafas lama, boleh nyanyi high pitch perfect giler..abaikan dorang..yang penting sekarang ANDA sendiri!! KORANG sendiri,nyanyian korang sendiri..lupekan yang lain (sape punye tagline? daa..)..hehe

Ok sebelum panaskan suara ni, nak ingatkan..
  1. Mulekan warmup kite bile rase selesa
  2. Kalu da mule rase tak selesa,sile berhenti.
  3. Jangan paksa diri.
  4. Ikut keselesaan dan kemampuan diri
ok! da ready??? ok..kite akan sambung pelajran kite pada post selepas ini..=)

bersambung...

untuk download tutorial sile ke sini

Monday, July 5, 2010

Nak Belajar Gitar?



TAK PERNAH sentuh gitar seumur hidup?nak cuba tapi xtau nak main?alah SENANG jer! dengan ebook ini,saya jamin anda mampu mahirkan diri anda bermain GITAR dalam masa 2 bulan atau kurang! Benar!

JIKA anda beli melalui link saya, PERCUMA ebook "20 Cara Jimat Duit"+"Buat Duit Cari Duit"+"Panduan Buat Duit Tanpa Modal".

Ebook yang sungguh bermanfaat untuk di miliki! Dapatkan segera!!

Thursday, July 1, 2010

Tutorial Vokal 4: Vocal Placement & Style


Selamat bertemu kembali..adakah korang sedang menantikan tips training vokal yang seterusnye dar i aku??haha..jika benar..Tahniah!! Korang di tempat yang betol!! Ok kali ini kita akan belajar mengenai vokal placement dan juga gaya..haha

Ok.cube korang dengar audio yang aku sediakan ni. Dengar betol2!.Fahamkan!!.

Nak senang faham apekah sebenarnye vokal placement ni?ok camni..penah dengar "thobaqah suara"?melayunyer "peringkat suara".ha! Penah?.tapi yang vokal placement si Eva ni aja lain sket..namun lebih kurang je. Basic die tetap same..dulu mase sekolah menengah sempat belajar pasal ni. Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)..penuh kelas tu..penuh-penuh pon aku lari jugak..hoho..adi-adik..jangan tiru ye!! huhu..

Dalam peringkat-peringkat suara ni, ade suara dada,suara tekak,suara hidung dan suara otak..banyak kan?=p ok ..dalam audio ni Eva kate untuk lagu klasik atau tradisional besenya kite akan mula nyanyi dengan peringkat yang rendah. Suara dada lah kot..banyak pakai vibrato (getaran)..kalu dalam tarannum, kire lagu bayati la..kan kene pakai suara dada gitu..hehe

ha..itu je setakat ini..yang len, dengar lah guide dari Ava! hehe

untuk download tutorial sile ke sini

Sunday, June 27, 2010

Tutorial Vokal 3 : Vocal Register


Selamat bertemu kembali. amacam hari ini? sihat sume?yang sakit sile2 lah berehat..yang sihat, syukurlah anda di berikan peluang untuk bernafas lagi. Bagaimana dengan training pernafasan korang?clear?harap-harap korang boleh ikut la ape yang aku bagi. Aku hanya berkongsi. Sumenye PERCUMA! FREE!!

Ok! korang familiar tak dengan vokal register?dalam melayunyer "pendaftaran vokal"..haha agak kelakar bunyinye bukan?hehe..ikut la ape korang nak panggil. Aku akan sebut vocal register je. Kalau aku sebut PENDAFTARAN VOKAL nanti tak jadi ngaja aku.gelak sajer...haha ok vocal register ni pasal macammane nak register vokal kite dari pitch rendah ke pitch tinggi. Aku kekadang fail lagi mende nih. da bertahun berlatih. Al maklumlah..tidak berguru..guru aku hanya rakan2 sepernyanyian, video, audio exercise camni je..huhu..tapi yang penting kita same-same kene cube.



Ok. Sambung balik. Aku cadangkan lebih elok ade instrument dengan korang kalu nak training vocal register ni. Ikut la piano ke, keyboard ke tau pon gitar. Gitar tu pastikan tune betul2. ikut standard. Ade tiga range vokal yang sesuai bagi perempuan dalam nak register vokal ni.
1. Alto (C sampai G)
2. Mesosoprano (G sampai B)
3. Soprano (G sampai atas>highC)

Untuk perempuan yang vokal rendah, sesuai dengan Alto. Range Alto ni dari note C bawah middle C kat piano@keyboard (kalu aku hanye ade gitar kapok je. kalau gitar pon same.Aku gune tali E atas skali. Korang cari la note C kat situ. Itu la bunyinye..) sampai note G bawah high C (kat gitar korang tali bawah sekali, tali e, korang cari la mane G). Perhatian aku tak belajar kursus muzik. aku belajar sendiri je.kalu korang pandai, faham-faham je la ye).

Mesosoprano ni lak antara range Alto ngan range Soprano. Dari note G bawah note middle C sampai la note B sebelum high C. Pandai tak cari note-note n sume?Tak pandai btau k?=p hehe..

Ok kalau Soprano lak range die dari note G bawh note middle C sampai la atas dari note high C.

Itu untuk perempuan kalu untuk lelaki lak?Pon ade tiga range.
1. Bass (Fsampai F>middleC)
2. Baritone (A sampai B>middleC)
3. Tenor (C sampai C>middleC)

Untuk lelaki yang vokal rendah, sesuai lah wat bass ni. Range Bass start dari note F atau mane-mane note asalkan die bawah dari middle C. Range bass ni sampai la note F atas dari middle C. Kate si Ava ni kire-kire dalam lapan note jugak la. Tak tau lah..aku tak pernah kire lagi.

Baritone lak antara range bass ngan range tenor. Start dari note A bawah middle C, sampai la note B atas dari middle C. Untuk Tenor lak dari note C bawah middle C, sampai la C atas note middle C. ok? Faham?

bersambung...

untuk download tutorial sile ke sini

Wednesday, June 23, 2010

Tutorial Vokal 2: Breathing Exercise

Selamat bertemu kembali. Kali ini kita akan belajar tentang pernafasan dengan lebih lanjut. Kita akan berlatih menggunakan ini setiap hari selepas ini.ok?hehe

Ok! kita mula kan sekarang! saya bilang 1..2..3..tarik nafas! sekarang tahan nafas anda. Aku tolong kira 1 sampai 10. satu! dua! tiga! empat! lima! enam! tujuh! enam tujuh! lapan! sembilan! sepuluh! hah! hembus~!..hehe amacam cukup tak sepuluh?

Itu korang hembus biase kan?sekarang aku nak korang hembus tapi gune hissing technique (teknik berbisik)..camne tuh?ha..cube wat bunyi ular sket?hissssss~...nah! itulah die. Kalau boleh korang hembus@hissing tu perlahan2..lagi lame boleh tahan lagi bagus! Aku ingatkan JANGAN sekali-kali CURI NAFAS!! cube gune sepenuhnya udara yang telah korang sedut tadi..amacam?ape korang rase?

Kate si Eva ni lepas wat hissing kena duduk n rehat kejap. Pastu korang wat lagi tau. Kali ini pastikan posture badan. Posture badan adalah penting. Kena berdiri tegap tetapi biarlah selesa. Jangan sesekali biase-biase membongkokkan badan. Nanti kang korang akan jadi bongkok! percayakah?percayalah~..Ok Ulang lagi hissing tadi. Ini lebih kurang adalah latihan untuk melatih agar kita boleh bernafas lebih lame.

Lepas kita wat hissing ni, try lak kite hembus dengan bunyi vokal "A"..bunyinya AAaaa...nanti korg dengarlah audio training yg aku letak ni.ok?

bersambung...

untuk download tutorial sile ke sini

Tutorial Vokal 1:Breathing


Kita akan belajar bagaimana nak menyanyi kat sini..hehe bermula dari hari ini, saat ini..aku akan kongsikan ape yang aku dah belajar pasal menyanyi di sini. Macam-macam tau. Hope korang dapatlah belajar same-same dengan aku. Mende free camni jangan simpan sorang-sorang. So aku kongsilah dengan korang.

Yang ni aku petik dari tutorial si Eva nih. Aku translate la sket sebanyak. Dengar!!! Faham-faham sendirilah ye. Katenye mende ni memang sesuai untuk level beginner cam kite dan juge sume level. Katenye adalah perlu untuk kita tahu bagaimana cara bernafas dengan baik dan sesuai dalam nyanyian. Adalah lebih elok kita wat teknik bernafas ni di depan cermin. Bukan ape senang nak tengok otot tulang rusuk, bahu dan dada kite bergerak nanti.

Bile kite menyedut nafas, tumpukan perhatian kita terhadap pengembangan tulang rusuk kite. Pengembangan tulang rusuk kita di sebabkan pengembangan otot diafragma dalam badan kite. Kalu da boroi tu cover-coverlah sket..oops..ahaha Maybe payah tapi cube-cubelah ye.kalu kurus macam aku boleh la tengok..macam tali gitar dah..haha nak faham lagi camne diafragma berfungsi, boleh bukak buku sains topik pernafasan. Aku ingat2 lupe..hoho Pastikan memang kita betul-betul rase rusuk kite mengembang eh..kalu dapat kembangkan, korang tahan la beberapa saat..pastu baru hembus nafas..pastu ulang-ulang lagi..tahan makin lame makin lame pastu hembus..ok?

bersambung..

untuk download tutorial sile ke sini

Latihan Vokal akan bermula!!!


Siapa minat nyanyi?..suara kita sebenarnye boleh di upgrade ke tahap yang lebih baik. Tak lama lagi, saya akan kongsikan tip vokal oleh Ava Tracht Landman (trainer yang luarbiasa & selaku pemenang anugerah Pencapaian Luarbiasa dalam Melatih Vokal dalam anugerah 2006 Film Recording & Entertainment Council di US )..Kita boleh sama-sama melatih vokal untuk nyanyian, mengaji, berkomunikasi, pengacaraan dan macam-macam lagi..selamat berkunjung ke sini!!!=)



Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!