Saturday, December 26, 2009

Artwork-Merinduimu


Haha..ni tahun bile eh aku wat?mase 1st year kot. Tajuk die "Merinduimu".hehe.ntah le..men letak je..dulu ni sketch aje.then try warne pakai paint. Baru je td mewarnakannya dengan menggunakan Adobe Photoshop. Seperti biase aku memang tak pandai mewarna.huhu.

Wallpaper bengong


Ni la wallpaper aku bile time "blur" nak dekat-dekat exam mase 1nd year dulu..haha

Wednesday, December 23, 2009

Tribute to 5IT - "Taimiyyah Corner~"

Entah kenapa aku mula suka melihat lukisan-lukisan semula. Teringat zaman sekolah menengah. Dulu kuat melukis-lukis nih. Mula-mula cukup terpengaruh dengan komik Dragonball. Start la tiru lukis dragonball. Pastu zaman Dewata Raya..tiru lukis dewata raya pulak. Pastu bace komik Gempak, Apo? macam2 lagi la..tiru-tiru lukisan dorang. Aku tak berpeluang mengambil matapelajaran seni mase sekolah menengah. Kalu ade pon dalam 2 minggu je kot. Pastu cikgu pindah huhu.itu pun mase Form 2. Kelas 2 Ibnu Sina. Kelas paling kecoh giler ah!haha tapi cukup seronok!! Mase tu sempat belajar lukis wat garis, bentuk, dan tona..huhu sempat tu je.. Tapi da minat punye pasal aku teruskan jugak melukis. Mase form 2, siap wat komik lagi..pasal lawan2,gusti,cintan pun ade gak..tapi yang xbest entah kemana hilang komik-komik aku tu..huhu Time Form 5 ade berazam nak wat komik untuk member sekelas aku..kalu nak wat satu form banyak sangat muka nak kene lukis..xcukup tangan aku..huhu Then pas SPM je..aku sempat la siapkan 5 pages komik yang ntah ape2. Tapi aku cukup harapkan ade kenangan la daripada komik ni. Time result SPM kuar. Semua kelas berkumpul..beri lah satu sorang komik aku wat sendiri tu.sendiri publish jugak..huhu Cikgu Hasma, guru kelas pun ade dapat jugak..Ade sape2 yang xdapat lagi ker?Oops..sori ler kalu ade terlepas pandang..huhu Tapi korang da boleh tgk kat sini mane yang xingat die letak mane komik aku tu..huu




Saturday, December 19, 2009

Preview - Kau hancurkan Semua

Baru-baru ni aku telah mendapat tahu berkenaan peluang untuk mempromosikan lagu-lagu kita sehingga boleh terjual. Informer aku Matt and rakan komposer aku Faiz Yusof. Melihat rancangan Melodi kelolaan TV3 bukanlah menjadi tentatif setiap minggu. Tapi kebetulan dorang melihat rancangan tersebut dan memndapat satu informasi yang penting bagi pengkarya amatur tempatan bagi mengetengahkan bakat dan hasil kerja mereka. Peluang ini juga harus aku manfaatkan sebaik mungkin. Pintu rezeki di mana-mana. Ambil peluang adalah satu jalannya. So, aku berusaha keras dalam minggu ni menyiapkan satu lagu yang hampir2 sempurna. Cuma, kekurangan lead guitar aku, Amir..Amir cepat la balik..aku perlukan khidmat hang nih..

Saya meminta rakan-rakan untuk memberikan komen senyak mungkin untuk melakukan penambahbaikan dari segi originaliti dan kualiti lagu saya ini. Dengarkan ye..



Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang berada dalam suatu lingkungan kekejaman dan penindasan orang lain. Keadaan yang terlampau itu menyebabkan beliau tidak hanya berdiam diri menutup mata sahaja. Beliau mesti lakukan sesuatu. Sama ada bersuara mahupun bertindak.


Wednesday, December 16, 2009

Kartunkan diri

Sedang aku membelek-belek partition Souteen Entertaiment, aku terjumpe dengan beberapa artwork lame aku. Hu. Aku mase tuh baru menjinakkan diri dengan Adobe Photoshop. Tapi mase tu banyak belajar pasal layer,padam, crop,effect, dan tulis-tulis je. Time tu teringin jugak nak melukis pakai Photoshop tapi macam gile la nak melukis straight and smooth line pakai mouse. Setakat satu dua garis straight aku boleh lagi. Tapi kalu da beratus garis, mau tak krem tangan. Huu. Aku suke efek sketch yang ade dalam photoshop. Sebab ape?sebab aku suke sketch. Menconteng kan!! Siapa yang tak minat.

Dulu-dulu, time kita tak masuk tadika ataupun dah masuk tadika pun memang kita akan di suruh menconteng. Ha, cikgu tadika dulu masuk je kelas terus hulur kertas lukisan dan pensil warna. Dia bukannye tau kita pandai melukis ke mewarne ke kan? Time tuh nak pegang pensil pun tak berapa betul. Ada yang ibarat memegang sudu dan garfu la. Ibarat memegang aiskrim la. Tapi cikgu kite tetap jugak suh kita conteng mengikut arahan beliau. Ade mase die suruh lukis ayam, ikan, pokok, dan macam2 lagi la yang biase budak-budak tadika ni nampak dan senang nak lukis. Takkan nak suruh budak tadika lukis gambar Sukhoi ke..haha mesti ternganga (aku pon same haha)

Budak-budak mase kecik tak pandai mengekspresikan ape yang mereka lihat dan dengar dalam bentuk penerangan yang panjang. So, lukisan dan contengan menjadi medan utama mereka menzahirkan ape yang ada dalam pemikiran dorang. Kita boleh tau sejauh mane otak pemikiran dorang berfungsi. Kalu kita suruh dorang lukis ikan. tapi tibe-tibe ikan yang die lukis tu ade kepak..mesti dalam hati kita yang mulai dewasa ini mula menafsirkan .."wah!budak ini sungguh hebat. Die tau bahawa memang wujud ikan yang berkepak"..walaupun sebenarnya budak tersebut ingin melukis sirip ikan tapi sirip tepinya tersangatlah besar..huhu..

Oopss..terlebey sudah. Ha, yang aku nak tunjukkan tadi artwork aku kan?ha..ni die.



Gambar asal Gambar aku yang telah di edit


Gambar asal Matt Gambar yang telah siap di edit

Korang tengoklah gambar asal ngan gambar edit. Aku hanya menggunakan perisisan Paint version 5.1 untuk edit gambar dan mewarnakannya. Any komen??

Aset kita..

Aset Kendiri merupakan suatu yang penting dalam diri seseorang. Itulah nilai tambah yang wujud serta menjadikan seseorang berbeza dengan orang lain. Sekiranya kita mempunyai suatu aset, yang kita sendiri yakin dengannya, kita mampu untuk memberikan "keberuntungan" kita itu kepada orang lain. Kita mampu untuk memberikan kebaikan kepada orang lain. Setiap orang di bekalkan kebolehan, kemahiran, dan kecerdasan yang berlainan di antara satu sama lain. Ada orang yang di bekalkan kebolehan petah berbicara oleh Allah SWT. Maka ramai yang suka mendengar mereka berbicara. Ada yang di kurniakan kemahiran menulis. Maka ramai yang menjadi pembaca setia, membaca bait-bait puitis sastera dalam tulisannya. Sesungguhnya kepelbagaian inilah yang mewujudkan variasi dalam kehidupan kita.

Variasi ini bukanlah suatu variasi yang bersifat negatif bahkan ianya sebenarnya merupakan suatu refleksi kepada manusia. Refleksi agar manusia tidak sombong, tidak bongkak, dan mereka mampu melihat dimana sebenarnya kedudukan mereka yang sebenar-benarnya kerdil di dunia. Refleksi agar kita mampu melihat ke dalam diri, menilai setiap sudut psikologi diri. Adakah kita mampu meletakkan diri kita dalam kesejahteraan. Dari sudut sosiologi. Bagaimanakah hubungan interaksi antara kepelbagaian variasi ini.

Saling kebergantungan atau sinergi merupakan agen keharmonian yang seharusnya wujud bagi menghasilkan interaksi sosial yang baik. Sinergi menjadikan seseorang memerlukan bantuan dan kepakaran orang lain bagi memenuhi keperluan bersama. Ya..anda, saya, kita semua perlu ade sinergi..

Thursday, December 10, 2009

Kau istimewa..

Semalam baru sketch gambar sorang pompuan. Wat design-design simple-simple je. Da lame tak lukis. Tangan jadi ketar. huhu. Tapi di sebabkan penah ade pengalaman tu yg boleh returning back semula lukis gambar pompuan. hehe..yeye je aku ni. Kat bawah aku postkan skali lirik lagu Wanita dendangan De Hearty. Minat giler lagu nih..he..

Ni le gambar yang aku sketch pakai Carerra beli time pekse.

Wanita (Piano Version)
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
Sumber: http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Wednesday, December 9, 2009

Kord lagu Aku Rela - Algebra

Tadi Kimi Vir2vois mesej aku ajak jamming lagu ni. Aku pun da tak bape ingat da kord die. Sore tinggi siot. Huhu..nyanyi la korang aku surrender. huhu Terimalah sebuah lagu dari band Nasyid Pertama di Malaysia, ALGEBRA..ha, nama pun mathematic. Musti terer Mathematics dorang nih.huhu. Ok la. Band aku pun name EPSILON..hehe ye la da budak2 Math! hehe..Berjudul "AKU RELA". Best giler lagu nih. Lirik kow2 punye. Siap kord skali. Baru Mintak kat Faiz Yusof takdi. Check this out..Jom try Jamming!


AlGebra - Aku Rela
Intro G Em C D

[verse]
G Em
Telah ku rela nama dan diri
C D
Menjadi sasaran kerana cinta, (aku berkorban)
G Em
Telah ku rela segala tohmahan
C D
bermahajalela Kerana cinta, (aku terpaksa)

[chorus 1]
C Am
Kerana cinta jua aku berbicara
C D
Dengan nada insan terluka
Am
Meluah rasa,
C
meluah fakta,
Am
mencedera jiwa
E
Semuanya kerana cinta.

[chorus 2]
C Am
Biarku tanggung rasa derita..
C D
Asalkan agama, selamat akhirnya..
C Am
Yang membantah, hanya berfalsafah.
D Em
Kerana bimbang suapan harian

[chorus 3]

Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga


Potong..Potong..Potong betul-betul la..


Setelah sebulan lamenye, rambut aku semakin memanjang. Entah kenapa mesti nak kene potong walaupun orang kate pendek lagi. Aku merasa rimas dengan rambut yang panjang. Tapi kadang-kadang memang nak merasa jugak berambut panjang. Tapi atas nama "ETIKA" aku tidak akan berambut panjang. Panjang sikit boleh la kot. Semalam aku meneruskan niat aku untuk di gunting rambut. Sampai je tempat gunting aku terserempak dengan Fadlu, member lame time kat TAHAP dulu. Pun tengah gunting rambut. Borak punye borak, aku punye turn. 3minit siap. Time gunting aku punye la demand gitu gini. Aku cakap potong tepi kasi layer blakang sikit. Tapi memang mamat india tu tak dengar cakap customer la. Die potong jambul mahal aku. Siyooot! Bukan ape, mahkota aku di robek keindahannya.haha. Aku memahami style aku. Selaku penggunting rambut, aku tau ape yang baik untuk aku kelihatan smart (walaupun selekeh). Petang ni, Mursyid dah booking nak gunting rambut dengan aku. Tak bagi bakat menggunting hilang kene la praktik kan. Ngan aku gunting free je. Tapi kalu nak hulur-hulur jugak pun bole. Boleh wat uprade barang-barang aku kan?ha..

Monday, December 7, 2009

Langkah Tercipta..(The Climb) - Versi Melayu!



Baru je tadi aku dapat tau dalam diam member sebelah bilik merangkap member seteam nasyid aku merangkap se blok dengan aku telah mulakan recording secara sorang2 kat dalam bilik romantiknye. Insan seni ini ialah Faiz Yusof, composer and lyricist lagu "Tetaplah Disini"(tak dapat tempat len sebab memang ade kat blog aku ni je.haha)..
Try dengar! Vocal lead ala-ala Izwan Saujana gitu..haha tapi backup aku paling suker.hehe

Education Web Design

Untuk kelas subjek Pembangunan Multimedia Berasaskan Web, aku dan favourite team aku D'voice R&D Group; bersama dengan Taqiyuddin Tumin, Muhammad Radzali, dan Wong Jing Kae telah di minta menyiapkan suatu laman web pendidikan. Setelah undian di buat kami, tajuk Tranformation III menjadi topik utama web kami.

Perbincangan di buat. First skali ialah dengan membentuk jawatankuasa. Ini part yang paling penting. Dan dalam membentuk jawatankuasa, KETUA la yang paling memainkan peranan paling penting. So, Taqi (Que?) di pilih menjadi ketua and designer bagi segala-mala pic kat web kitorang. Muhammad (Matt) menjadi our quiz manager, Wong (Fei Hung) menjadi Content Manager bagi web kitorang. Dan last skali, aku..tak buat keje..haha. Takde la..Aku ni selaku programmer la konon (bajet best jer??huh!). Setelah sebulan ker 2minggu je eh?akhirnye kitorang pon dapat la siapkan sebuah laman web yang tak di upload kat tenet.haha.



Yang bestnye, hasil dari titik peluh kitorang berempat akhirnye kitorang berjaya merangkul title awards "Best Web Design: Information Design" kot. Tapi sayangnye kitorang tak dapat join Dr Jamaluddin aka Dr J wat majlis penyampaian awards yang merupakan makanan berbuka yang amat spesel. Alahai..melepaslah...huhu

First Sketch to Blog!


Ini merupakan "simple" n "cincai" sketch yang baru je aku buat dalam 2minit yang lepas. HAHAHA Tajuk die..hm..ntah ler..takde lagi tajuk die.huhu. Pakai software paint je untuk sketch die ni. Then aku cari software photoshop kat laptop adik aku ni takde pulak. So pakai je la software PhotoScape ni. Ok la. tapi xsebest photoshop.. Adohai web design tak siap lagik....hu

Oren??

Suke giler aku tgk lukisan bro Oren nih..

http://solitarium.deviantart.com/

Sunday, December 6, 2009

Pencarian aku tentang dia (Ebeit G Ade)...

Ebiet G Ade..mulanya nama yang agak asing pada aku. Mungkin dulu banyak mendengar pure nasyid dan nasyid kontemporari (lagu hindustan pun banyak giler aku layan..huhu) kot. Sehinggakan tak penah kenal pun..sape la Ebiet ni. Sejarahnya ialah pertama kali aku mendengar lagu-lagu Ustaz Akhil Hayy dari Album Nasyid Lagenda. Ade satu lagu tajuk die "Berita Kepada Kawan". Lagu tu cukup menyentuh dan cukup dekat dengan jiwa aku. Dah jatuh hati aku kat lagu tu.

Tak lame kemudian, ade satu program realiti baru di TV9 "Akademi Nasyid". Excited nak tgk time tu. Siap beli handphone ade tv lg. CSL M50. hu.. Time tu lak praktikal ngajar kat Kulai. Memang ade masefree la nak tgk. Tambahan pulak ade member-member dari grup nasyid UTM yang join AN tu. Tahniah buat "Voice of Men"!! Bukan senang nak dapat join tu..huhu Aku ade suke dengan performance sorang peserta AN, Cicik. Gaya yang ala-ala rockers gitu.. hua hua.. Ade satu kali die bawak lagu "Berita Kepada Kawan"..memang masyuk gile la..huhu

Lantas aku terus mencari milik siapakah lagu ini. Browser internet ku buka. Ku taip Berita Kepada kawan..Kuar name yang pelik dan asing ni, Ebeit G Ade. Sape la mamat ni. Aku pun mula menyemak background si Ebeit ni. Wa..rupenye sebelum aku lahir da ade die ni. lagu yang aku minat ni pun ade sebelum aku lahir lagi..mak aih..berpuluh tahun da..Aku mula mencari lagu-lagu beliau untuk aku memahami apakah genre yang beliau bawak. Die ni memang orang yang puitis. Macam Sifoo M.Nasir gak la..Terbaek!!! Lagu-lagu die sume jenis macam tu..Pak Sedare aku memang suke nyanyi lagu-lagu die. Memang Best! Banyak lagu-lagu beliau bercorak Ketuhanan dan Kemanusiaan.



Dalam pencarian aku tentang background Ebiet, aku temui bahawa dia orang yang mencipta lagu Camelia yang di popularkan oleh Ramli Sarip, vokalis Sweet Charity. Lagu tu memang jadi siulan aku gak kekadang..ade banyak lagi lagu pasal Camelia yang die tulis..aku tak la sape Camelia tu..tapi aku hampir pasti la Camelia tu memang seseorang yang penting bagi beliau. Ni ade satu lagu yang aku record time aku demam dulu. Ebeit punye lagu la..aku suke lagu ni..tajuk die "KepadaMu Aku Pasrahkan"..download n dengarkan..aku record part depan je.huhu demam tak leh record banyak2..batuk nanti huhu...

KepadaMu Aku Pasrahkan-Souteen

Kini sudah boleh di download!

Hm..setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menyediakan link yang boleh di download kengkawan. Akhirnya kini aku sudah dapat menyediakannya. Aku begitu berusaha untuk berkarya sebaik mungkin. Namun aku fikirkan bahawa adalah tidak wajar untuk aku berada dalam ruang sempitku sahaja. Adalah perlu untuk aku mempersembahkan hasilkarya aku agar orang-orang di sekeliling aku mampu merasai apa yang aku ingin sampaikan dalam karya yang tidak seberapa. Hanya klik pada title untuk download!!

Tentang Ini
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof

Saat Itu
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof

Serah PadaMu
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof

Damba RedhaMu
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Akimida

Melangkah Bersama
Lirik/Lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof



Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!