Wednesday, December 16, 2009

Aset kita..

Aset Kendiri merupakan suatu yang penting dalam diri seseorang. Itulah nilai tambah yang wujud serta menjadikan seseorang berbeza dengan orang lain. Sekiranya kita mempunyai suatu aset, yang kita sendiri yakin dengannya, kita mampu untuk memberikan "keberuntungan" kita itu kepada orang lain. Kita mampu untuk memberikan kebaikan kepada orang lain. Setiap orang di bekalkan kebolehan, kemahiran, dan kecerdasan yang berlainan di antara satu sama lain. Ada orang yang di bekalkan kebolehan petah berbicara oleh Allah SWT. Maka ramai yang suka mendengar mereka berbicara. Ada yang di kurniakan kemahiran menulis. Maka ramai yang menjadi pembaca setia, membaca bait-bait puitis sastera dalam tulisannya. Sesungguhnya kepelbagaian inilah yang mewujudkan variasi dalam kehidupan kita.

Variasi ini bukanlah suatu variasi yang bersifat negatif bahkan ianya sebenarnya merupakan suatu refleksi kepada manusia. Refleksi agar manusia tidak sombong, tidak bongkak, dan mereka mampu melihat dimana sebenarnya kedudukan mereka yang sebenar-benarnya kerdil di dunia. Refleksi agar kita mampu melihat ke dalam diri, menilai setiap sudut psikologi diri. Adakah kita mampu meletakkan diri kita dalam kesejahteraan. Dari sudut sosiologi. Bagaimanakah hubungan interaksi antara kepelbagaian variasi ini.

Saling kebergantungan atau sinergi merupakan agen keharmonian yang seharusnya wujud bagi menghasilkan interaksi sosial yang baik. Sinergi menjadikan seseorang memerlukan bantuan dan kepakaran orang lain bagi memenuhi keperluan bersama. Ya..anda, saya, kita semua perlu ade sinergi..

No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!