Wednesday, December 16, 2009

Kartunkan diri

Sedang aku membelek-belek partition Souteen Entertaiment, aku terjumpe dengan beberapa artwork lame aku. Hu. Aku mase tuh baru menjinakkan diri dengan Adobe Photoshop. Tapi mase tu banyak belajar pasal layer,padam, crop,effect, dan tulis-tulis je. Time tu teringin jugak nak melukis pakai Photoshop tapi macam gile la nak melukis straight and smooth line pakai mouse. Setakat satu dua garis straight aku boleh lagi. Tapi kalu da beratus garis, mau tak krem tangan. Huu. Aku suke efek sketch yang ade dalam photoshop. Sebab ape?sebab aku suke sketch. Menconteng kan!! Siapa yang tak minat.

Dulu-dulu, time kita tak masuk tadika ataupun dah masuk tadika pun memang kita akan di suruh menconteng. Ha, cikgu tadika dulu masuk je kelas terus hulur kertas lukisan dan pensil warna. Dia bukannye tau kita pandai melukis ke mewarne ke kan? Time tuh nak pegang pensil pun tak berapa betul. Ada yang ibarat memegang sudu dan garfu la. Ibarat memegang aiskrim la. Tapi cikgu kite tetap jugak suh kita conteng mengikut arahan beliau. Ade mase die suruh lukis ayam, ikan, pokok, dan macam2 lagi la yang biase budak-budak tadika ni nampak dan senang nak lukis. Takkan nak suruh budak tadika lukis gambar Sukhoi ke..haha mesti ternganga (aku pon same haha)

Budak-budak mase kecik tak pandai mengekspresikan ape yang mereka lihat dan dengar dalam bentuk penerangan yang panjang. So, lukisan dan contengan menjadi medan utama mereka menzahirkan ape yang ada dalam pemikiran dorang. Kita boleh tau sejauh mane otak pemikiran dorang berfungsi. Kalu kita suruh dorang lukis ikan. tapi tibe-tibe ikan yang die lukis tu ade kepak..mesti dalam hati kita yang mulai dewasa ini mula menafsirkan .."wah!budak ini sungguh hebat. Die tau bahawa memang wujud ikan yang berkepak"..walaupun sebenarnya budak tersebut ingin melukis sirip ikan tapi sirip tepinya tersangatlah besar..huhu..

Oopss..terlebey sudah. Ha, yang aku nak tunjukkan tadi artwork aku kan?ha..ni die.



Gambar asal Gambar aku yang telah di edit


Gambar asal Matt Gambar yang telah siap di edit

Korang tengoklah gambar asal ngan gambar edit. Aku hanya menggunakan perisisan Paint version 5.1 untuk edit gambar dan mewarnakannya. Any komen??

No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!