Monday, February 22, 2010

Entah Bila..

Argh..memang sudah lama tidak menulis. Asyik sibuk memanjang. Nak wat macam-macam. Join bisnes la, wat lagu la. Belajo??huhu entah kemana. Satu mende yang teramat lah penting sebagi pelajar tahun akhir(kot) =). PSM..projek sarjana muda..wargh!! tak siap-siap lagi???huhu Bila lah dapat siapkan ni. Macam malas nak wat pon ade. Tapi tak boleh! Ni la cabaran pelajar yang akan grad. Mase nak wat PSM ni la time kita nak belajar ape sebenarnya yang kita tak tahu. Sejelas-jelasnya memang taktahu camne nak wat projek ni. Ha, kan da sangkut!

Minggu lepas SV nak jumpa. Aku bertiga wat projek nih. Tapi itu pon boleh sangkut, ye la memasing tak pandai sangat.huhu Nak di jadikan cerita, dua orang member aku ni dah beli tiket. So, mesti la dorang kena balik awal. Nak wat camna? hu Tinggallah aku terkapai-kapai (try nyanyi ikut stail jeep Bujang Sepah) hehe..Aku pon try la mencari-cari member untuk menyiapakn PSM aku. Dapat jumpe, then cerita la detail aku punye projek ni kat die. Member aku ni boleh la, pandai jugak dalam bab komputer database ni. Aku budak baru nak belajar. Langsung tak tahu menahu pasal ni. Die pun cerita la satu persatu. Last-last die tanya semula kat aku "Ko sempat ke nak siapkan ni??". Wah! aku dengan tersenyum menjawab "Seempaat! KOT!" ohoho tak tahu lah..

Malam tu balik bilik aku try jugak lah membuat sesuatu untuk di pertontonkan kepada SV. Namun hasrat aku gagal dek kerana tak tercapai akal @ mati akal.huhu aku pun stop wat kerja. Ha, time da stress ni mula la aku mencari sesuatu untuk menenangkan hati. Aku pun teringat nak nyanyi lagu Hindustan. Belum pernah lagi akau merakamkan lagu hindustan untuk di dengari sendiri. eceh! Aku mule mencar idea lagu apa yang bakal aku nyanyikan. Dulu time sekolah, ada sekali aku menyanyi intro persembahan nasyid dengan menggunakan lagu Hindustan. Pergh! dulu time sekolah menengah, asyik nak tengok hindustan aje. Haha paling kelakar aku banyak kali jugak berair mata (bukan menangis tetapi touching huhu) bila tengok cite hindustan. Kebetulan baru ni tengok semula cerita "Kuch Kuch Hota Hai". Touching jugak beb! huhu

Ha, sambung tadi. Aku pernah menyanyikanlagu untuk Hari Guru dengan menggunakan melodi lagu "Jaane Dil Mein". Best giler lagu ni. Ntah la, aku rase dekat dengan jiiwa..pergh! jiwang! argh! biar kelantak! haha Nak bagi lembut hati..hehe Kalau tak salah dulu aku nyanyi lirik die camni:

Duhai Guruku tersayang..
Maafkan kami oh Guru..
Salah kami terhadap mu..
Ampunkan kami oh Guru..
Ampunkan kami oh Guru..

Haha, cam best! Poyo siyuut! Alih-alih aku dapat idea nak rakamkan lagu "Jaane dil Mein" ni. Tapi aku kene variasikan. Kate NC UTM, Tranformasi!! haha kan bagus kalau tranformasi ade nih. Baru nampak sesuatu yang baru untuk di tonjolkan. Aku lantas terfikir untuk menterjemahkan setiap bait-bait puitis lagu tersebut ke dalam bahasa Melayu. Dan hasilnya aku telah rakamkan untuk tontonan dan dengaran semua!=)






Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!