Tuesday, June 21, 2011

Lagu Untuk Abah

Kelmarin hari bapa kan? Ingat nak post lagu ni semalam, tapi ada emergency. Pak sedara masuk hospital lak. So, upload hari ini je la. Aku buat lagu ni dah lama. Tapi baru siapkan record dan music arrangement yang simple giler. hehe

Aku dedikasikan lagu ini khas buat arwah abah, Mohd Yusof bin Osman yang meninggal pada September 2006. Masa tu aku baru je masuk universiti.huhu Tak sempat nak tunjuk ijazah pada arwah abah. Tapi tak mengapa, aku kini mengikut jejak langkah beliau dengan menjadi guru. Menyambung tugasnya mendidik anak bangsa.


Buat arwah abah, terima kasih yang tak terhingga di atas segala kasih sayang, jasa dan pengorbanan yang abah curahkan kepada kami, anak-anakmu. Sesungguhnya kami semua merindui abah! Semoga roh arwah abah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al fatihah~


Sunday, June 19, 2011

MUH ft. Hazama - Pokok (Lirik+Kord)

Ini satu lagi lagu yang membuat aku terpukau dek suara hazama. First aku dengar ialah versi MUH feat Nubhan. Tapi aku kurang berminat sangat sebab vokal nubhan kurang rock dan nampak tak sesuai dengan muzik MUH. Orang kata lagu Pokok ni asalnya hazama yang nyanyi.


Aku pun tanya la pakcik google, rupa-rupanya Hazama nyanyi lagi best! Barulah sesuai~ Ok, dah start layan sore hazama je skang. Aku letak lirik dan kord yang aku cari sendiri skali ni! Jamming jom!

Intro
A C#m Bm E

A
Tersesat malu bertanya
E
Tak tahu tak tahu ke mana
A E
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

A
Menyusur di kaki lima
E
terlihat bayang wajah kelmarin
A E
Tersentuh hati bagai luruh

[1]
Bm
Tanya sama pokok
C#m
Apa sebab goyang
Bm A
Jawab angin yang goncang
Bm
Terbang burung terbang
C#m
Patah sayap diduga
D E A
Seandainya rebah kau masih ada

[2]
A
Terlalu mahu dan mahu
E
terlupa apa yang belum
A E
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

A
Tak mudah namun tak susah
E
terserah atas pilihan
A E
Tersentuh hati mula luruh

Ulang [1]

A
Nanana.. nananana..
E
Nanana.. nananana..
F#m E
Nanana.. nananana.. na…

F#m
Kau masih ada
E
Kau masih ada
F#m C#m A
Kau masih adaaa… ooooooooo!


Ulang [2]
D A
Tanya sama pokok…

Thursday, June 16, 2011

Hazama - Cinta Teragung (Video+Lirik+Kord)

Korang dah dengar lagu Juara AF9, Hazama? Tajuk dia Cinta Teragung. Minggu ni asyik pasang lagu ni je kat laptop. Lagu ni sebenarnya berkonsepkan ketuhanan. Mengisahkan seorang manusia yang macam kita, pernah melakukan dosa. Namun begitu di sebaliknya dia sangat ingin berubah dan terus mencuba untuk berubah. Kalau korang dah tengok official video clip lagu ni mesti korang faham. Bagi yang belum menonton, aku tepekkan video clip lagu ni kat bawah ni.



Amacam? Best? Pada aku best, pasal aku suka Hazama punye growling (betul ke nama teknik tu? aku rasa betul da..kalu korang tau beritahu la)..hehe mahal kot! Bagi aku la. Ok, tadi time lepak dengar cinta teragung ni aku dapatkan la kord lagu ni. Senang dan sempoi! Layan~

Lagu: Kuncidemak
Lirik: Kuncidemak & Rafiq Bakar

intro
Em Bm/F# G A

Bm F#
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Bm F#
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Em F# G
Ternyata tak terkata
A
Rinduku padamu


(Chorus)
D
Ku takkan bisa menjadi lebih
F#
Dari apa yang terdaya
Bm
Namun ku tetap berjanji
Am D G
Akan masih mencuba untuk
D
Memujuk hatimu
Em
Mencintai aku
F#
Kerna semua yang ada
F#
Hanyalah untukmu

Bm E G A 2x
Ho huo oo..

Em Bm
Secebis perasaan ku hamparkan
Em
Membawa sejuta harapan
Em
Menagih cinta
A
Teragung darimu

*Ulang Chorus

Bm F#
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Bm F#
Untuk mencurahkan semua isi hatiku



Thursday, June 9, 2011

Tuntunlah Jiwaku - Lirik

Ini satu lagi lirik yang aku tulis masa semester akhir di UTM. Lagu dah siap, cuma music arrangement belum sempurna. Guide dah ada. Mungkin kena betul-betul dapatkan yang betul-betul masuk dengan jiwa lagu ini. Nak wat bunyi string lebih sikit ni. Apapun nantikan kemunculannya. Rasa-rasa nak try nyanyi lagu ni, beritahu je aku k.

Masih sempatkah
Ku menuntun jiwa yang gelap gelita
Yang kian kelam
Di telan fana
Oh dunia Oh dunia

Apakah ada cahaya
Dapat menyuluh semula hatiku
Hidup yang resah
Agar kembali memancarkan sinarnya

Oh tuhanku
Tuntunlah jiwaku
Ke jalan redhamu
Yang selama ini
Di damba diriku
Oh tuhan tuntunlah
Tuntunlah jiwaku

Oh tuhanku
Tuntunlah jiwaku
Bantulah diriku
Mulakan yang baru
Dengan petunjuk darimu tuhan
Tuntunlah jiwaku

Masih mungkinkah
Dapatku hela nafasnya
Yang pasti ingin ku rasa
Sebelum tibanya saatku

lirik/lagu: izzat yusof (Souteen Entertainment)

Tuesday, June 7, 2011

Cover 'Perpisahan Ini'

Lama tak tulis di sini. Kali ini nak upload satu lagu yang sempat aku rekod tak lama dulu. Bulan lepas kot. Tajuknya 'Perpisahan Ini' oleh First Edition & Aizat. Lagu ini memang sedap, dan sebab itu aku try rekodkan ini. Dengar dan komen ok! :)


Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!