Saturday, December 19, 2009

Preview - Kau hancurkan Semua

Baru-baru ni aku telah mendapat tahu berkenaan peluang untuk mempromosikan lagu-lagu kita sehingga boleh terjual. Informer aku Matt and rakan komposer aku Faiz Yusof. Melihat rancangan Melodi kelolaan TV3 bukanlah menjadi tentatif setiap minggu. Tapi kebetulan dorang melihat rancangan tersebut dan memndapat satu informasi yang penting bagi pengkarya amatur tempatan bagi mengetengahkan bakat dan hasil kerja mereka. Peluang ini juga harus aku manfaatkan sebaik mungkin. Pintu rezeki di mana-mana. Ambil peluang adalah satu jalannya. So, aku berusaha keras dalam minggu ni menyiapkan satu lagu yang hampir2 sempurna. Cuma, kekurangan lead guitar aku, Amir..Amir cepat la balik..aku perlukan khidmat hang nih..

Saya meminta rakan-rakan untuk memberikan komen senyak mungkin untuk melakukan penambahbaikan dari segi originaliti dan kualiti lagu saya ini. Dengarkan ye..



Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang berada dalam suatu lingkungan kekejaman dan penindasan orang lain. Keadaan yang terlampau itu menyebabkan beliau tidak hanya berdiam diri menutup mata sahaja. Beliau mesti lakukan sesuatu. Sama ada bersuara mahupun bertindak.


No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!