Monday, February 22, 2010

Entah Bila..

Argh..memang sudah lama tidak menulis. Asyik sibuk memanjang. Nak wat macam-macam. Join bisnes la, wat lagu la. Belajo??huhu entah kemana. Satu mende yang teramat lah penting sebagi pelajar tahun akhir(kot) =). PSM..projek sarjana muda..wargh!! tak siap-siap lagi???huhu Bila lah dapat siapkan ni. Macam malas nak wat pon ade. Tapi tak boleh! Ni la cabaran pelajar yang akan grad. Mase nak wat PSM ni la time kita nak belajar ape sebenarnya yang kita tak tahu. Sejelas-jelasnya memang taktahu camne nak wat projek ni. Ha, kan da sangkut!

Minggu lepas SV nak jumpa. Aku bertiga wat projek nih. Tapi itu pon boleh sangkut, ye la memasing tak pandai sangat.huhu Nak di jadikan cerita, dua orang member aku ni dah beli tiket. So, mesti la dorang kena balik awal. Nak wat camna? hu Tinggallah aku terkapai-kapai (try nyanyi ikut stail jeep Bujang Sepah) hehe..Aku pon try la mencari-cari member untuk menyiapakn PSM aku. Dapat jumpe, then cerita la detail aku punye projek ni kat die. Member aku ni boleh la, pandai jugak dalam bab komputer database ni. Aku budak baru nak belajar. Langsung tak tahu menahu pasal ni. Die pun cerita la satu persatu. Last-last die tanya semula kat aku "Ko sempat ke nak siapkan ni??". Wah! aku dengan tersenyum menjawab "Seempaat! KOT!" ohoho tak tahu lah..

Malam tu balik bilik aku try jugak lah membuat sesuatu untuk di pertontonkan kepada SV. Namun hasrat aku gagal dek kerana tak tercapai akal @ mati akal.huhu aku pun stop wat kerja. Ha, time da stress ni mula la aku mencari sesuatu untuk menenangkan hati. Aku pun teringat nak nyanyi lagu Hindustan. Belum pernah lagi akau merakamkan lagu hindustan untuk di dengari sendiri. eceh! Aku mule mencar idea lagu apa yang bakal aku nyanyikan. Dulu time sekolah, ada sekali aku menyanyi intro persembahan nasyid dengan menggunakan lagu Hindustan. Pergh! dulu time sekolah menengah, asyik nak tengok hindustan aje. Haha paling kelakar aku banyak kali jugak berair mata (bukan menangis tetapi touching huhu) bila tengok cite hindustan. Kebetulan baru ni tengok semula cerita "Kuch Kuch Hota Hai". Touching jugak beb! huhu

Ha, sambung tadi. Aku pernah menyanyikanlagu untuk Hari Guru dengan menggunakan melodi lagu "Jaane Dil Mein". Best giler lagu ni. Ntah la, aku rase dekat dengan jiiwa..pergh! jiwang! argh! biar kelantak! haha Nak bagi lembut hati..hehe Kalau tak salah dulu aku nyanyi lirik die camni:

Duhai Guruku tersayang..
Maafkan kami oh Guru..
Salah kami terhadap mu..
Ampunkan kami oh Guru..
Ampunkan kami oh Guru..

Haha, cam best! Poyo siyuut! Alih-alih aku dapat idea nak rakamkan lagu "Jaane dil Mein" ni. Tapi aku kene variasikan. Kate NC UTM, Tranformasi!! haha kan bagus kalau tranformasi ade nih. Baru nampak sesuatu yang baru untuk di tonjolkan. Aku lantas terfikir untuk menterjemahkan setiap bait-bait puitis lagu tersebut ke dalam bahasa Melayu. Dan hasilnya aku telah rakamkan untuk tontonan dan dengaran semua!=)



Sunday, January 24, 2010

Cameramen Work!! haha

21 Januari 2010, Selepas habis kelas Partial Differential Equation tengahari tu aku menemani Amir (Ketua Espity sesi ini) menghantar borang audit pengijazahan untuk rakan-rakan kami. Wah!! diam-diam aje da nak grad da kitorang..huhu Ooopss! aku ter'kecuali'!huhu beberapa rakan aku yang lain juga turut terkecuali. Nape la aku beria-ia menghantar borang dorang ni?huhu..dorang hantar sendiri kan bagus?haha Ah..sudah la!=p This is self of belonging. Ape name glamer die?ehm.."Esprit De Corps"..ha, ye la kot! Yang penting Aku tetap nak teman Amir hantar kan. Teman je lagipun.hehe Hantar la jugak kan..Dulu, 2tahun lepas aku ingatkan aku sorang je yang tak dapat grad same-same. Huhu..ye la, orang malas lambat la sikit nak dapat habuannya kan?. Tapi, Alhamdulillah, semester depan aku tak keseorangan..haha! Terima Kasih Kawan-kawan!=)

Sampai depan pejabat jumpe Dr. Affandy. Dulu just panggil beliau, En. Affandy je. Sekarang dah semakin berjawatan. Pangkat Ketua Jabatan Multimedia dah sekarang. Murah rezeki beliau. Siap je serahkan borang, beliau telah mengoffer kami berdua kerja yang agak best. Jadi cameramen and technician cikai2 je! haha.Untuk majlis kawen anak dekan Fakulti Pendidikan. Kurang-kuarang dapat gak pengalaman kan. Aku dengan yakinnya terus lah bersetuju. Nak kate bese mengambil gamba? tidaklah tetapi pernah la sikit. Nak kate bese mengambil video?pon pernah tapi tak biasa..haha Ha,ni la peluang yang patut aku ambil kan? ok DEAL!!!

23 Januari 2010, Majlis Kahwin bermula pukul 12 tengahari. Kitorang berdua datang la awal sikit dalam pukul 11.45pagi. Awal kan?haha Siap setting video cam dan projektor, Kitorang g makan dulu. Lauk die??pergh!!!menyelerakan..tapi yang tak best aku tak dapat makan banyak sebab takut gak tengah-tengah orang majlis nanti aku dok terkentut ke ape ke..kang malu tak pasal je.huhu. Siap makan, orang berpusu-pusu bertandang ke majlis beliau. Meriah jugak. Decoration dewan, pergh takyah cakap. Masuk je da macam aku yang nak kawen.


Lebih kurang pukul 2petang baru pengantin sampai. Time tu la kitorang berdua starting wat live broadcasting dalam dewan tu. Wau..! Dalam hati aku berdoa jangan la kamera ni wat hal lak nanti. Harap-harap semua ok la. Pengantin masuk dengan langkah yang berhati-hati. Aku pun turut berhati-hati menggerakkan lensa kamera agar tidak melepaskan setiap saat-saat indah kedua mempelai ini. Pasangan yang sangat cocok!! Sama Cantik Sama Padan!!Wah!! Siap bersemayam di atas singgahsana impian dorang tu aku zoom baik-baik muka sorang-sorang. Nampak berseri sungguh wajah mereka berdua.hehe..

Selama 4jam berdiri dalam dewan tuh. Naik keras dah betis ni aku rase. Kerusi nak duduk pun takde. Ye la nanti nak gerak2 dalam dewan tu kang payah lak. Tetamu dah la ramai. Pangkat orang besar saje. Datuk-datuk , Datin-datin, Prof sume ade.. Segan pun ade. Kul 4lebih sikit tamat wat broadcasting pastu terus cari tempat duduk. Mak aih, lame gak berdiri tu. Duduk la kejap sementara tunggu orang-orang engemas ape yang patut. Aku berbincang dengan Amir, adakah perlu kami balik dulu. Atau kene menunggu sampai semua siap berkemas?Wah!!nak tunggu lame lagi tu..huhu Ah!takde..Jom Blah! Aku pergi mendapatkan Abg Zaimi selaku P.I.C keseluruhan majlis tersebut. Mintak perlepasan keluar awal.Alhamdulillah, dapat jugak!hehe..tapi dia kate tunggu jap kalau nak bungkus makanan. Dalm hati, best jugak kalau ade bungkus makanan ni..makan free je nanti tak payah nak kuar-kuar duit lagi. Da la agak sengkek juga skang ni. Tunggu punya tunggu, blah then..malam makan free. sebelum tu tido cam tak ingat dunia da.huhu





Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!