Thursday, May 28, 2009

Saat Itu

Lirik/lagu:ez_souteen

Saat kau muncul hadir di hatiku
tak tertahan rasa cinta terhadapmu
saat kau hadir dalam hidupku
segenap ruang hanyalah untukmu

mampukah ku ungkapkan
rasa yang telah tersimpan
tersirat di hati ini
mampukah ku ucapkan
cinta yang telah hadir
rasa cinta yang tak dapat ku zahirkan

ku pendam perasaan
di sudut hati terpendam
sedalam cinta yang hadir di jiwa
ku simpan perasaan
bertahun lama ku genggam
namun pasti suatu masa
kau kan menghayati cinta ini



Aku siapkan lagu ni pada tahun lepas 2008. Waktu tu aku tahun 2 semester 2. Satu perkara yang menarik ketika mencipta lagu ni ialah aku dapat siapkan lagu dan lirik dalam masa satu hari je. Walaupun dalam satu hari namun masih tepat dalam memberikan feel lagu terhadap lirik yang aku hasilkan ni. Kalau boleh la, aku nak cipta lagu yang macam ni banyak-banyak. Penghayatan mudah dan genre lagu yang tepat dengan jiwa.

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang menyimpan perasaan terhadap lawan jenisnya (bukan sejenis ya!itu bahaya..!!!). Kalu orang tu laki, dia simpan terhadap pompuan. kalu pompuan , dia simpan terhadap laki. Kira macam kekasih dalam hati la.Pergh!! da start "jiwa" nih..haha. Selama bape lame pun aku tak tau la. tapi yang penting makan masa gak la. Dia ni simpan perasaan untuk jaga hati masing-masing. Nak cakap segan, tak cakap takut lak..huhu..

Namun dengan keyakinan terhadap jodoh ketentuan Allah, dia tetap simpan..simpan..dan simpan..kat mane nak simpan?dalam hati je la..takkan dalam laci lak. Kang buatnya di mamah bubuk kayu kang,padah lak akibatnya..haha..Ha itu je la kisah di sebalik lagu ni.Wassalam..

1 comment:

Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!