Sunday, December 6, 2009

Kini sudah boleh di download!

Hm..setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menyediakan link yang boleh di download kengkawan. Akhirnya kini aku sudah dapat menyediakannya. Aku begitu berusaha untuk berkarya sebaik mungkin. Namun aku fikirkan bahawa adalah tidak wajar untuk aku berada dalam ruang sempitku sahaja. Adalah perlu untuk aku mempersembahkan hasilkarya aku agar orang-orang di sekeliling aku mampu merasai apa yang aku ingin sampaikan dalam karya yang tidak seberapa. Hanya klik pada title untuk download!!

Tentang Ini
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof

Saat Itu
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof

Serah PadaMu
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof

Damba RedhaMu
Lirik/lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Akimida

Melangkah Bersama
Lirik/Lagu: Izzat Yusof
Music Arragement: Izzat Yusof

Tuesday, September 29, 2009

Damba RedhaMu

Song & Lyrics: ez_souteen Music Arrangement: Akimida

Telah ku mencuba hampir kepadaMu Tuhan
Mendamba rasa cinta yang tiada ternilai
Namun diri ini pasrah dengan ketentuan
Yang sentiasa mengiringi hidup insan

chorus*
Bersujud berserah pada tuhan
Mengharap rahmat keampunan
Berdoa harap keredhaanMu tuhan
Ku panjatkan..

Berikan rasa cinta kepada hambamu ini
Yang mengharapkan rahmah dan maghfirah ilahi
Pujian kesyukuran kupanjatkan kepadamu
Agar meraih cinta ku damba selamanya…

ulang Chorus..

Tuhan yang maha mengasihani
Kasihilah daku ampuni daku
Jangan engkau biarkan daku tersisih
Dengan yang mendapat cinta dari mu
Hanya itu yang ku damba selamanya..


Mendapat pemberian music minus one dari Cikgu Hakim sewaktu praktikal. Lagu yang sememangnye takde lirik pada mulanya. Sekali dengar da jumpe feel lagu. Cari-cari soul sikit then dapat siap lirik dan melodi lagu skali. Record kat umah sewa time praktikal. Bulan pose lak tu. huhu orang tido aku memekak.haha..perdengarkan..



Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!