Thursday, May 28, 2009

Saat Itu

Lirik/lagu:ez_souteen

Saat kau muncul hadir di hatiku
tak tertahan rasa cinta terhadapmu
saat kau hadir dalam hidupku
segenap ruang hanyalah untukmu

mampukah ku ungkapkan
rasa yang telah tersimpan
tersirat di hati ini
mampukah ku ucapkan
cinta yang telah hadir
rasa cinta yang tak dapat ku zahirkan

ku pendam perasaan
di sudut hati terpendam
sedalam cinta yang hadir di jiwa
ku simpan perasaan
bertahun lama ku genggam
namun pasti suatu masa
kau kan menghayati cinta ini



Aku siapkan lagu ni pada tahun lepas 2008. Waktu tu aku tahun 2 semester 2. Satu perkara yang menarik ketika mencipta lagu ni ialah aku dapat siapkan lagu dan lirik dalam masa satu hari je. Walaupun dalam satu hari namun masih tepat dalam memberikan feel lagu terhadap lirik yang aku hasilkan ni. Kalau boleh la, aku nak cipta lagu yang macam ni banyak-banyak. Penghayatan mudah dan genre lagu yang tepat dengan jiwa.

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang menyimpan perasaan terhadap lawan jenisnya (bukan sejenis ya!itu bahaya..!!!). Kalu orang tu laki, dia simpan terhadap pompuan. kalu pompuan , dia simpan terhadap laki. Kira macam kekasih dalam hati la.Pergh!! da start "jiwa" nih..haha. Selama bape lame pun aku tak tau la. tapi yang penting makan masa gak la. Dia ni simpan perasaan untuk jaga hati masing-masing. Nak cakap segan, tak cakap takut lak..huhu..

Namun dengan keyakinan terhadap jodoh ketentuan Allah, dia tetap simpan..simpan..dan simpan..kat mane nak simpan?dalam hati je la..takkan dalam laci lak. Kang buatnya di mamah bubuk kayu kang,padah lak akibatnya..haha..Ha itu je la kisah di sebalik lagu ni.Wassalam..

Wednesday, May 27, 2009

Tentang Ini

Lirik & Lagu oleh ez_souteen

Sering berfikir tentang ini
mengapa tiada nilai harga
biarpun bukan mengharap balasan
hanya keikhlasan yang di gambar

Setiap kali keringat membasahi
diri ini tidak pernah merasa
penat jerih ini sudah memadai
kerna menyedari masih ada
keringat dulu yang lebih memadai

Biar bukan mengharap pujian
biar bukan mengharap balasan
hanya tempat ku berpaut
meluahkan rasa hati ini

*(sajak)
Perjuangan kita
bukan pemula bukan pengakhir
perjuangan kita adalah sambungan
daripada perjuangan yang terdahulu
inilah jalan kita
dalam menegakkan kebenaran
dan meruntuhkan kebatilan
bersama-sama kita teruskan perjuangan
jangan merasa putus asa
teruskan bersama perjuangan ini
Insyaallah..
yakinlah bahawa
Allah pasti akan bersama dengan kita.


Lirik ini ditulis pada tanggal 27 Mei 2006. Da masuk 3 tahun da la.huhu Ia menceritakan kisah seorang hamba Allah yang memikul tanggungjawab membawa dan memperjuangkan agama Allah. Sampai suatu ketika, Allah turunkan kepadanya secebis ujian yang tidak terduga. Dan beliau merasa seakan-akan putus asa. Mujurlah terkenang akan pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang sanggup berjuang bermati-matian bagi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Lantas beliau sabar dengan ujian yang menimpa.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke-153 yang bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu,
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."



Setiap manusia yang hidup, Allah akan berikan ujian. Untuk apa?untuk uji kita!Uji iman kita! Iman kita pada Allah!. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ankabuut ayat ke-2 yang bermaksud;

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"



Sambung semula cerita dalam lagu tadi. Kemudian beliau sabar dan ikhlaskan niatnya kembali. Teringat lak cerita Ayat-ayat Cinta. "Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas" kata lelaki sepenjara Fahri. Perghh! tertunduk Fahri time tu seingat aku. Begitulah seharusnya hamba yang Allah berikan ujian kepadanya. Harus ada S A B A R dan juga I K H L A S. Lebih-lebih lagi orang yang nak berjuang tegakkan agama Allah kan?. ha,wajib la ada dalam diri mereka kedua-duanya.

Kesimpulannya, jangan lupa pada Allah. Everytime, everyday, every night..ingat pada Allah!Sekian..Wassalam.



Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!