Tuesday, July 27, 2010

Busy seketika..

Wah..lama juga tidak menulis. Seminggu dua ini aku sedikit sibuk dengan jadual belajar. Almaklumlah, semester baru sudah bermula. Alhamdulillah, tiga subjek sudah berjaya di daftarkan. Ada dua sahaja lagi yang belum dapat di daftarkan atas masalah tertentu. Tambahan pula, sedang mula mengorak langkah untuk belajar tentang perniagaan internet yang sebenar dengan bimbingan Bro Rahman Basri. Kini, sedang setup blog baru yang bakal menggantikan blog ini kelak.

Bila masuk semester baru ni, kadang-kadang teringat juga kepada rakan-rakan yang sudah habis pengajian. Masing-masing sudah seronok dengan panggilan temuduga yang mereka dapat. Tahniah!!! "Aku doakan korang berjaya dan teruskan usaha mendidik anak bangsa!"

Sekarang, tinggallah kami yang disini yang masih meneruskan semangat untuk menamatkan pengajian. Ada juga yang menyambung pengajian. aku tahu belajar itu sebenarnya sesuatu yang sangat menyeronokkan. Padanlah aku rasa macam nak belajar macam-macam lagi. Semakin membesar, semakin banyak kita belajar. Semakin banyak kita tak tahu.

Semester ini aku bermula dengan harapan yang sangat tinggi, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang baik bagi menjamin masa depan aku.Insyaallah! Semoga berakhir dengan pengakhiran yang baik!!

doakan aku...

Thursday, July 15, 2010

Gempar Dari Pakar Ebook!

Pakar ebook telah pun membongkarkan rahsia beliau menjana pendapatan melalui ebook. Kini, ebook semakin mendapat tempat di kalangan mereka yang dahagakan informasi-informasi khususnya melalui internet.

Ebook ni menjadi alternatif kepada buku-buku yang berat dan tebal-tebal kalau kita nak bawak sehari-hari. Tapi cuba korang bayangkan dengan ebook atau nama asalnya ialah buku elektronik, ianya amat mudah di bawa kemana-mana. Kerana saiz sgt kecil dan boleh di simpan di dalam pendrive.

Saya nak berkongsi pengalaman menggunakan ebook ini. Semasa di musim peperiksaan, saya turut mengulang kaji hanya dengan menggunakan ebook sahaja. Segala nota-nota kuliah saya tukarkan kepada format pdf atau text. Kedua-dua format ni memang dapat di baca oleh software sama ade dalam laptop ataupun handphone anda. Kalu handphone tu pastikan anda cari software MobilePDF. Senang nak baca ebook. Nak di jadikan cerita saya masukkan ke dalam handphone saya supaya senang di bawa kemana-mana. Di waktu makan, nak tido, semeentara tunggu bas, sementara tunggu order makan, dan bila-bikla masa lagi. haha mudah bukan..

Tapi!!!!! Jangan bawak dalam exam la. Kang tak pasal-pasal korang kena tangkap then dapat ZERO paper tuh.. Silap-silap kena gantung belajar!huhu saya tak tanggung!! huu


Ok. Sekarang korang boleh tau RAHSIA Pakar Ebook ni di sini. Siap laporan percuma untuk korang download dulu. Senang cerita, Pakar ebook ini memang telah menjana pendapatan sehingga enam angka dengan ebook beliau! Dapatkan segera!



Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!