Tuesday, July 27, 2010

Busy seketika..

Wah..lama juga tidak menulis. Seminggu dua ini aku sedikit sibuk dengan jadual belajar. Almaklumlah, semester baru sudah bermula. Alhamdulillah, tiga subjek sudah berjaya di daftarkan. Ada dua sahaja lagi yang belum dapat di daftarkan atas masalah tertentu. Tambahan pula, sedang mula mengorak langkah untuk belajar tentang perniagaan internet yang sebenar dengan bimbingan Bro Rahman Basri. Kini, sedang setup blog baru yang bakal menggantikan blog ini kelak.

Bila masuk semester baru ni, kadang-kadang teringat juga kepada rakan-rakan yang sudah habis pengajian. Masing-masing sudah seronok dengan panggilan temuduga yang mereka dapat. Tahniah!!! "Aku doakan korang berjaya dan teruskan usaha mendidik anak bangsa!"

Sekarang, tinggallah kami yang disini yang masih meneruskan semangat untuk menamatkan pengajian. Ada juga yang menyambung pengajian. aku tahu belajar itu sebenarnya sesuatu yang sangat menyeronokkan. Padanlah aku rasa macam nak belajar macam-macam lagi. Semakin membesar, semakin banyak kita belajar. Semakin banyak kita tak tahu.

Semester ini aku bermula dengan harapan yang sangat tinggi, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang baik bagi menjamin masa depan aku.Insyaallah! Semoga berakhir dengan pengakhiran yang baik!!

doakan aku...

No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!