Sunday, January 17, 2010

Permulaan 2010 yang menyeronokkan

Alhamdulillah..aku panjatkan kesyukuran yang tidak ternilai harganya. Tahun 2010 bermula dengan peristiwa-peristiwa yang memang xmampu aku lupakan. Jadual dari minggu pertama ke minggu kedua agak penuh. Tambahan pula berbisnes kecil-kecilan. Moga ada sedikit pintu rezeki yang halal di situ. Insyaallah.

Tirai 2010 di buka dengan keriangan. 1hb Jan, Kedatangan sahabatku, Hafizah, student master UKM yang ketika itu kebetulan baru sahaja selesai menghadiri kursus di Melaka langsung terus ke Johor untuk di jelajahi buat kali pertama oleh beliau. Aku, Arif, Syakir dan Raudah (tidak ketinggalan Akram dan Afifi yang tidak dapat turut serta) menyambutnya dengan aktiviti rehlah dan riadah. Kami geng SUSANO selatan menjelajah ke Hutan Rekreasi Gunung Berlumut.


Suasana hari Sabtu yang riuh dan kecoh dek kedatangan ramai orang ke situ. Kami bermain air sederhana puas (ramai sangat orang, tempat jadi sempit huhu). Kemudian setelah puas bermain air selama 4jam tanpa makan nasi, hanya berbekalkan Potato Chips dan air ape eh?coke kot..huhu.. Kami meneruskan langkah beriadah bowling di IOI Mall Bandar Putra, Kulai. Dekat dengan tempat aku praktikal dulu. Kami menyantap dulu sebelum bermain. Terasa amat pedas Nasi Goreng Kampung di situ sehinggakan Aku dan Ayeep tak mampu lagi meneruskan proses yang mengenyangkan itu. Perlawanan bowling bermula. Aku mencipta sejarah sendiri dalam permainan bowling dengan mata 138 jatuhan pin mengalahkan yang lain..haha.. Separuh hari berjalan, badan mula terasa penat. Balik dan simpan tenaga untuk esoknya.


Esoknya, Aku dan rakan-rakan Espityku ke Zoo Johor. Hafizah pon turut serta. Zoo Johor adalah tempat hidupan liar yang kedua aku gi setelah Taman Buaya di Melaka. huhu Banyak gak binatang-binatang peliharaan Sultan ni. Betul ke binatang-binatang ini peliharaan Sultan Johor?aku pon tak tau.hu Teriknya tengahari itu. Huhu terik yang membakar. Sepanas-panas di dunia, panas lagi kat neraka..Tengahari gi hantar Hafizah berangkat pulang ke UKM. Hujung Minggu yang sangat menyeronokkan!! Terima Kasih SUSANO dan ESPITY!~ luv u all!! haha


Minggu kedua adalah minggu bersama ESPITY. Kitorang ada aktiviti menarik di hujung minggu ni. Akitiviti rehlah menjadi pilihan semua Espitirian. Destinasinya? cam bese Gunung Berlumut lagu..haha ape la yang best kat situ kan?nak tau? datang lah~ hehe Kitorang makan ayam barbeku yang di perap khas oleh Mucha (Chef berbakat Espity). Best giler ayam die perap. Pasni aku nak blaja la perap ayam camtu. Aktiviti yang paling best ialah belajar berenang beramai-ramai. Lelaki je la. Best giler. Akhirnya aku berjaya memulakan langkah berenang dengan baik. Skang ni masih tak pandai apungkan badan tapi dapat berenang kayuhan sejauh 6 meter. Ok la kot!!he..Best sangat!!


No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!