Wednesday, January 6, 2010

Semakin hari...

2009 telah berlalu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Semuanya meninggalkan kesan yang tersendiri. Aku mampu dan cuba mengingati dan menjejaki setiap sudut memori yang ku lalui. Nak di ungkapkan terlalu banyak. Banyak yang di terima, banyak yang di beri dan ade yang tidak di ambil peduli.. namun elok la aku jadikan yang baik sebagai amalan, dan yang buruk-buruk jadikan sempadan.

Kini 2010, tirai baru telah di buka. Alhamdulillah, aku masih di beri peluang meneruskan hidupku. Aku boleh lagi menikmati udara yang masih segar. Aku masih boleh melihat, berjalan dan macam-macam lagi. Aku selalu ingin melihat kedalam diri. Sebagaimana setiap orang di dunia, pasti mereka ingin kehadiran mereka di rasai dalam hidup masyarakat sekeliling. Itulah yang aku cari. Aku cuba membina identiti tersendiri. Aku taknak meniru sesiapa. Aku adalah apa yang aku fikirkan.

Aku cuba melihat ke belakangku.
Melihat di mana kelemahanku.
Aku banyak salah laku.
Betulkah aku??
Mesti betulkan diriku.
Aku mesti melangkah baru.
Baru dalam tingkah laku.
Bukan hanya melulu.
Aku tahu.
Aku perlu.
Betulkan diriku..

No comments:

Post a Comment

Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!