Wednesday, July 29, 2009

Proposal Lagu Tema PMIUTM





Lagu Tema PMIUTM - Melangkah Bersama
Nyanyian : Souteen
Lirik/Lagu: ez_souteen

Membawa wadah kesatuan
Ke arah jalan kebenaran
Mahasiswa islam kehadapan
Bersama kita membangun ummah

Chorus*
Bersamalah kita melangkah
Satukan hati kita
Bersamalah kita melangkah
Satukan fikiran kita
Bersamalah kita melangkah
Satukan amalan kita
Melangkah membangun bersama
Membina ummah yang gemilang (2x)

Kini tibalah hari
Yang bakal di lalui
Berbekal semangat gigih
Kita melangkah menggapai redha Yang Esa

Bersamalah kita melangkah
Satukan hati kita
Bersamalah kita melangkah
Satukan fikiran kita
Bersamalah kita melangkah
Satukan amalan kita
Melangkah membangun bersama
Membina ummah yang gemilang (2x)



Setelah bertahun berazam untuk mencipta lagu tema bagi Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UTM, satu persatuan yang telah banyak memberikan makna dalam hidup aku. Cetusan idea yang bermula setelah mendengar lagu tema dari PMIUM. Agak best. Dan timbul cabaran untuk hasilkan lagu tema khas untuk PMIUTM.

Lagu ni dah 2 tahun aku cipta. Mak aih! lame tul..mane taknye, da bape kali di tapis. Susah wo... Lirik dan lagu original dari aku. Tak tau la ok ke tak. Yang ni memang finalise la aku wat. tapi mixing masih kureng lagi. Tengah belajar-belajar lagi. Explore sendiri ma...Sape nak ajar. Aku pun bukannye ade duit nak bayar trainer and komposer. Jadi wat sendiri senang.

Ooops..da melalut pulak. Ok2! Fokus2...Korang try dengar dan komen sekali. Aku tak konfirm lagi penerimaan ahli PMIUTM terhadap lagu ni. This is my song proposal only. Dengarkan...
Amacam?Ade yang tak kena ke?Ha,komen anda di harapkan untuk tujuan penambahbaikan.TQ!

No comments:

Post a Comment

Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!