Wednesday, July 29, 2009

Teknik Bernafas Cara Saya

Hi semua! Saya ingin berkongsi beberapa teknik latihan bernafas yang saya pernah saya pelajari samaada secara formal atau pun tidak. Tetapi saya ingin membuat kenyataan yang jelas di sini, bahawasanya saya bukanlah profesional dalam bidang nafas-bernafas ini. Tahap tingkatan lima je.huhu. Tapi apa yang saya pelajari selama 9 tahun dalam latihan bernafas ni memang ada impaknye. Especially pada vokal saya sendiri.wahaha..


1. Pertama sekali ialah pastikan posture badan anda berada dalam keadaan tegap. Tapi rileks-rileks je la. Jangan berdiri macam askar nak kawad lak. Tapi kalu boleh buat macam tu lagi bagus.

2. Letakkan tangan korang di perut sendiri ye. bukan perut orang lain. Itu kita tak belajar dalam teknik bernafas yang ni.

3. Pastikan perut korang tu expand bila korang sedut nafas. Kalau perut korang mengempis bila korang sedut, saya pasti teknik bernafas yang korang pakai tu salah. Sure la kalau korang dah sedut nafas, diafragma korang akan di penuhi udara-udara yang korang sedut kan. So, keadaan itu akan menyebabkan perut expanding. (Jangan angkat bahu korang time perut expand tu sebab ia seakan-akan memaksa udara memenuhi ruang dada korang. Sedangkan waktu tu ruang udara kat dada dah penuh. Then baru la udara tu turun ke bahagian perut kita)


4. Lakukannya dengan perlahan-lahan eh. Jangan paksa-paksa. Sedut udara pelan-pelan, tahan kejap dalam kiraan lapan, then baru hembus pelan-pelan. Teknik ni just nak beri kita feel betapa nikmatnya menghirup udara Ciptaan Allah. Bernafas pun nikmat dari Allah kan. Lagi bagus la kan kalu kita umat Islam turut bertasbih, bertahmid, dan bertakbir ketika bernafas. (Tetiba teringat time riadah pagi-pagi kat TAHAP dulu.hehe)

5. Ulang semula dari atas sebanyak sepuluh kali. Tapi tak kisah pun beberapa kali..hehe. Cadangan latihan ialah selepas bangun pagi dan sebelum tido.



Tambahan bagi yang berminat untuk memanjangkan nafas mereka, saya ada satu teknik yang saya amalkan dari form 1 sampai sekarang. Teknik ni senior saya yang ajarkan. Kalu tak silap Abang Firdaus kot. Dia la yang aja kitorang nasyid kat seolah dulu. Teknik die macam ni. Mula-mula kita sedut nafas dalam-dalam. Then time hembus nafas tu kita kira sebut "1 demi 1, dan 2 demi 2, dan 3 demi 3,...dan seterusnya. Tapi jangan curi nafas pulak. Tak jadi la kalau macam tu.

Buatlah berperingkat-peringkat. Contohnya, start hembus dalam kiraan 5. Then 10 pulak. Pastu naik satu peringkat lagi. Saya gerenti kalau korang buat tiap-tiap hari memang boleh memanjangkan nafas korang. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!