Tuesday, July 14, 2009

Roti Arab

Cuti baru-baru ni aku di beri peluang memanfaatkan ruang yang ade sekali lagi. Pakcik aku aka Ayah Atan, di kenalpasti telah pun membuka sebuah kedai bakery di Alor Gajah. Aku menggantikan tempat Angah yang sedang buzy menguruskan hal anaknya, Izza Aqilla (Eh?betul ke camni eja name anak buah aku ni.huhu tak sempat tengok beranak die la..huhu lebih kurang je ni). Sebelum ni, Angah memang bertugas menghantar Roti Arab ke beberapa daerah di sekitar Pahang ni.


Angah tengah cek roti yang cuba di hasilkan.

So, Ayah Atan ni dah planning baik-baik untuk cuba promosikan Roti Arab yang kitorang producekan ni di sekitar Alor Gajah dan Melaka ni amnya. Aku pun ke Melaka dengan pak sedara aku, Pakcik K.Roll untuk menjalankan tugas Angah ni. Mula-mula aku tak kisah sangat sebab kerja-kerja menghantar roti ni aku dah pernah buat sebelum ni, tapi yang menjadikan aku kurang yakin tu ialah nak kena buat roti arab tu dulu la. Ye la kan. Kalau aku tak buat, ape mende la nak hantar kat customer-customer yang ada kat Melaka ni kan.huhu..

Aku memang tak pernah experience dengan membuat roti ni. Tapi nasib baik ada towkey roi arab kat Raub tu datang mengajar untuk tempoh beberapa hari. Kitorang panggil dia Uncle Tony aka Pakcik aku gak he. Name melayu ada tapi best lagi panggil nama omputih dia. Biasa la study oversea dia ni. So, dia la ngajar kitorang nak sukat bahan-bahan, bancuh (mesin tolong bancuhkan hehe), uli n semuanya la. Memang best buat semua ni tapi hasilnya sekeping roti yang berlubang di tengah-tengahnya. Haha. Lawakgak..Tapi biasa la kan, takkan sekali buat dah perfect kan.

Aku sedang menterbalikkan acuan roti yang siap di bakar.


Lepas tu kitorang berlatih tiap-tiap hari sampai la berjaya hasilkan roti yang betul-betul gebu dan mantap tapi yang berlubang tu ade gak la kan. Ala sekeping dua takyah kira la kan. Kira-kira roti yang di buat u sesuai unuk di jual cukup. Lama-lama sampai sebulan asyik duduk buat roti je memang dah boleh dah la.

Roti Arab yang siap di packing.


Sempat juga buat promosi Roti Arab ni kat ekspo di Dataran Pahlawan hari tu. Tapi ape yang menghangatkan suasana ialah bahang sinaran matahari yang menyiram kitorang selama tiga hari kat situ. Mak aiih..Orang tak ramai pun. Peniaga lagi ramai dari pengunjung tau.huhu. Baru la aku tau dugaan orang-orang meniaga ni. Tapi Alhamdulillah, selama tiga hari duk kat ekspo tu ada la duit yang masuk. Kira OK la kan..


Booth roti Arab kitorang di Dataran Pahlawan. Dari kiri Akak, atok, Ayah Atan, dan Mak yang aku sayangi.

No comments:

Post a Comment

Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!