Tuesday, November 9, 2010

Detik Bersama

Alhamdulillah..sudah siap lagu yang aku buat bersama Taqi ngan Luth sebelum jamuan akhir Espity semester lepas. Lagu ni tajuk die yang kat atas tu.hehe detik bersama. Saja nak buat lagu untuk kawan-kawan dengar. At least nanti bila dah dengar teringat kat member-member bila sudah terpisah kelak.

Almaklumlah semua sudah menjalani hidup sendiri bersama keluarga masing-masing. Tinggallah yang beberpa kerat ni je untuk meneruskan perjuangan di saat-saat akhir. Hadiah aku buat korang ialah siapakan lagu ni utk korang dengar then nak download pon aku benarkan. Aku bukannya kerja di industri hiburan pon nak amik royalti ape-ape. Yang dah cuba masuk pun tak dapat apa-apa royalti..hoho

Kawan-kawan Espity mahupun geng Susano sekalian, dengarlah lagu ni di saat-saat korang kenang aku mahupun kawan-kawan kita!Nah, aku letak lirik sket bagi korang hafal..haha

Bertahun bersama
Mengejar cita-cita
Hidupku yang indah
Seakan adanya
Warna-warna cita
Warna pelangi yang ceria

Suka duka detik bersama
Indahnya bila kita bersama 2x

Waktu-waktu yang berlalu
Kita tetap terus bersatu
Cipta memori kau dan aku
Menjadi pengubat rindu

Oh indahnya
Saat-saat detik dan waktu 2x

Ada masanya
Hati terluka
Wujud sengketa antara kita
Itu semua lumrah dunia
Agar hidup kita kan lebih sempurna

Oh indahnya
Saat-saat detik dan waktu 2x
___________________________________

Siapa-siapa nak download kat sini ada:
http://www.ziddu.com/download/12419343/Souteen_-_DetikBersama.mp3.html



No comments:

Post a Comment

Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!