Tuesday, January 18, 2011

Lima tahun berlalu...

Setelah hampir lima tahun dalam menghasilkan karya-karya sendiri, saya akui banyak kelemahan yang perlu di perbaiki dari segi mutu karya-karya saya. Setakat hari ini, karya-karya saya hanya mampu di nilai oleh diri sendiri dan bukannya orang lain. Ini adalah suatu pencapaian yang kurang bagus dalam berkarya. Setiap jiwa yang seni seharusnya mampu menghasilkan karya yang mampu menyentuh pemikiran insan-insan yang berfikir dan meneliti bait-bait lirik dan susunan muzik yang mengiringi.

Jujurnya, saya tidak pernah menghadiri mana-mana kursus muzik secara langsung, akan tetapi saya belajar dari rakan-rakan dan sumber-sumber informasi di internet. Dengan itu saya peroleh sedikit ilmu yang mana saya mungkin mampu untuk berkarya terus sehingga ke hari ini. Berkarya adalah sebagai HOBI sahaja, niat saya murni. Tak lain tak bukan untuk menyebarkan mesej-mesej kebaikan dari sudut pandangan saya.

Sehingga ke hari ini, saya hanya ada lebih kurang 20 lagu sahaja. Tak banyak dan kecil saja jumlahnya. Sebenarnya saya lebih sukakan muzik folk dan ballad. Saya amat meminati rock dan RnB. Namun begitu, mungkin ia memberi sedikit kesan dalam mempengaruhi saya berkarya. Muzik folk yang menjadi kegilaan saya ini adalah pengaruh dari Ebeit G Ade, M Nasir dan Kopratasa. Saya sangat bercita-cita menghasilkan muzik folk yang memberi kesan yang mendalam bagi pendengar.

Bagi yang membaca ini, mungkin ada yang pernah mendengar hasil karya saya dan mungkin ada yang tidak pernah. Saya mengharapkan kritikan membina daripada anda dalam mengarahkan halatuju saya dalam seni penciptaan lagu ini.



No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!