Sunday, January 2, 2011

Episod 1 - Puisi yang Terpacul

Jam sudah menunjukkan dua pagi tadi, tapi aku tak dapat tidur lagi. Yang pasti bukan sebab tengok 'jangan tidur lagi' kat TV3. Lagipun 'Jangan Tidur Lagi' siaran bukan pagi tadi (kot). Hm, mungkin sebab sudah tidur sejam selepas isya'. Bosan-bosan, aku memetik gitar mengalun melodi intro Kenangan Bersamamu dendangan Letfhanded (info:aku bukan kidal). Baru sehari belajar intro dengan Angah. Sekarang maybe dah cekap sikit (kot). hehe Adik dah jeles tengok aku dah boleh layan intro tu. Mule la dia dok kenen-kenen suh aku ngajor die lak.

Aku rase dah 2-3 hari aku dok berlatih intro ni. Pagi petang siang malam dok main mende same je. Aku fikir mesti mak bosan dengar. huhu Ok, sebenarnya aku nak kongsikan sebuah puisi yang aku tulis pagi tadi. Oops, bukan tulis sebenarnya, Aku taip dalam handset je.

Sebelum baca puisi ni, silalah baca Bismillah.



Bagai mengisi kosong di dalam bekas
Seperti air lincah mengalir
Memenuhi ruang selagi sempat

Di minum di basuh di simbah
Bila-bila pun di guna pakai
Wajib guna bila masa
Ada ketika harus pun ia

Air kotor air bersih
dua-dua jauh beza
campur jadi keruh
pisah jadi harus

Satu adat jadi resam
Resam air tak putus di cincang


p/s: Maaflah jika kurang puitis, baru belajar. Ade komen?silekan. Terasa lain bila tulis puisi yang berbeza dengan lirik.huhu senang-senang kliklah nuffnang..

No comments:

Post a Comment




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!