Tuesday, June 21, 2011

Lagu Untuk Abah

Kelmarin hari bapa kan? Ingat nak post lagu ni semalam, tapi ada emergency. Pak sedara masuk hospital lak. So, upload hari ini je la. Aku buat lagu ni dah lama. Tapi baru siapkan record dan music arrangement yang simple giler. hehe

Aku dedikasikan lagu ini khas buat arwah abah, Mohd Yusof bin Osman yang meninggal pada September 2006. Masa tu aku baru je masuk universiti.huhu Tak sempat nak tunjuk ijazah pada arwah abah. Tapi tak mengapa, aku kini mengikut jejak langkah beliau dengan menjadi guru. Menyambung tugasnya mendidik anak bangsa.


Buat arwah abah, terima kasih yang tak terhingga di atas segala kasih sayang, jasa dan pengorbanan yang abah curahkan kepada kami, anak-anakmu. Sesungguhnya kami semua merindui abah! Semoga roh arwah abah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al fatihah~


4 comments:

  1. al fatihah juga untuk ayah awak..

    ReplyDelete
  2. @apiiz & @ harubiru

    Thanks a lot bro :)

    ReplyDelete
  3. I came onto your blog while focusing just slightly submits. Nice strategy for next, I will be bookmarking at once seize your complete rises... lagu terbaru

    ReplyDelete




Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!