Thursday, June 25, 2009

Serah PadaMU

lirik/lagu: ez_souteen

Ku sandarkan kepadaMu Tuhan
Ku serahkan segalanya kepadaMu
kerna ku tahu segalanya dariMu

Akan niatku keranaMu
Agar menjadi hamba yang taat
Hamba yang dapat keredhaanMu
RedhaMu

Bantulah hambaMu dalam perjuangannya
Bantulah hambaMu dalam kehidupannya
Bantulah hambaMu


Ini merupakan lirik yang paling pendek penah aku tulis. Di tulis dalam bulan April. Di rakam pada 24 April 2008 di Souteen Entertainment Studio, L04 302 (hm..yeke? aku pun da tak ingat bilik no bape da..huhu). Lagu ni mengisahkan tentang betapa pentingnya TAWAKKAL dalam kehidupan manusia sebagai HAMBA ALLAH. Tawakkal melambangkan keyakinan kita pada Allah kan? Tapi janganla duk tawakkal je tanpa ada usaha langsung.

Usaha yang paling penting maa..kata pepatah "Usaha tangga kejayaan". Persoalannye kenapa tangga? ha..kenape tangga? Jawab la...bukan ape kalau tangga ni susah nak naik berbanding lift atau escalator. Kalau dua ni senang je sebab die bergerak sendiri. Tapi kalau tangga, kita sendiri ang kena panjat, kena melangkah naik, kena ada tenaga, ada daya, macam-macam la. Lebih-lebih lagi kalau orang yang nak naik tangga tu da berusia. Ha lagi la perlukan kekuatan tenaga yang kuat kan.

Begitulah nak di ceritakan yang usaha tu penting untuk capai tujuan dan matlamat kita. Di samping itu, jangan kita lupa yang segala pergerakan kita adalah nikmat dari Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sebagai hamba yang merendah diri, adalah wajib bagi kita untuk mengakui akan kehebatan dan kekuasaanNya kan?. Siapa lah kita nak bongkak dan bangga diri dengan kuasa yang kita ada. Nak banding gak ke?..

Dulu saya pernah nampak member-member selalu tulis kat biodata diorang pasal DUIT. Ha mesti da tau kan?

D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakkal

hm..betul ke camni?ntah la. Dah tak ingat la pulak. Kurang lebih la..huhu.
Ingat ye empat mende ni. Wassalam.

Thursday, May 28, 2009

Saat Itu

Lirik/lagu:ez_souteen

Saat kau muncul hadir di hatiku
tak tertahan rasa cinta terhadapmu
saat kau hadir dalam hidupku
segenap ruang hanyalah untukmu

mampukah ku ungkapkan
rasa yang telah tersimpan
tersirat di hati ini
mampukah ku ucapkan
cinta yang telah hadir
rasa cinta yang tak dapat ku zahirkan

ku pendam perasaan
di sudut hati terpendam
sedalam cinta yang hadir di jiwa
ku simpan perasaan
bertahun lama ku genggam
namun pasti suatu masa
kau kan menghayati cinta ini



Aku siapkan lagu ni pada tahun lepas 2008. Waktu tu aku tahun 2 semester 2. Satu perkara yang menarik ketika mencipta lagu ni ialah aku dapat siapkan lagu dan lirik dalam masa satu hari je. Walaupun dalam satu hari namun masih tepat dalam memberikan feel lagu terhadap lirik yang aku hasilkan ni. Kalau boleh la, aku nak cipta lagu yang macam ni banyak-banyak. Penghayatan mudah dan genre lagu yang tepat dengan jiwa.

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang menyimpan perasaan terhadap lawan jenisnya (bukan sejenis ya!itu bahaya..!!!). Kalu orang tu laki, dia simpan terhadap pompuan. kalu pompuan , dia simpan terhadap laki. Kira macam kekasih dalam hati la.Pergh!! da start "jiwa" nih..haha. Selama bape lame pun aku tak tau la. tapi yang penting makan masa gak la. Dia ni simpan perasaan untuk jaga hati masing-masing. Nak cakap segan, tak cakap takut lak..huhu..

Namun dengan keyakinan terhadap jodoh ketentuan Allah, dia tetap simpan..simpan..dan simpan..kat mane nak simpan?dalam hati je la..takkan dalam laci lak. Kang buatnya di mamah bubuk kayu kang,padah lak akibatnya..haha..Ha itu je la kisah di sebalik lagu ni.Wassalam..



Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!