Wednesday, October 12, 2011

Harap sempat..

Aku ingat nak siapkan semua video untuk lagu aku sehingga hujung tahun ni. Dan aku rasa perlu untuk di abadikan di youtube. Tak tahu sebab apa, tapi aku rasa perlu. Setakat ni baru ade 2 lagu kot kat akaun youtube aku. Rasa-rasa macam nak tambah lagi. harap sempatlah...

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa!

Dah masuk hari ke-2 di bulan Ramadhan. Puasa aku tahun ini berlainan dari tahun-tahun sebelum ini. Kalau dulu aku akan berpuasa di universiti atau di rumah. Tetapi kali ini, aku berpuasa di seberang laut, Sarawak. Jauh dan luar dari biasa kan?he Untuk pengetahuan korang semua, aku dah mula bertugas di Sarawak sejak sebulan yang lalu.

Harap puasa tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Kepada semua muslimin dan muslimat, aku ucapkan:

'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK'
&
'SELAMAT BERPUASA'

p/s: kalau dapat publish lagu bulan ni bagus juga. Dah ada lagunya. Tapi belum buat proper recording lagi. Baru draft kasar. Tengoklah kalau sempat aku akan publish di sini atau di fb k!

Tuesday, June 21, 2011

Lagu Untuk Abah

Kelmarin hari bapa kan? Ingat nak post lagu ni semalam, tapi ada emergency. Pak sedara masuk hospital lak. So, upload hari ini je la. Aku buat lagu ni dah lama. Tapi baru siapkan record dan music arrangement yang simple giler. hehe

Aku dedikasikan lagu ini khas buat arwah abah, Mohd Yusof bin Osman yang meninggal pada September 2006. Masa tu aku baru je masuk universiti.huhu Tak sempat nak tunjuk ijazah pada arwah abah. Tapi tak mengapa, aku kini mengikut jejak langkah beliau dengan menjadi guru. Menyambung tugasnya mendidik anak bangsa.


Buat arwah abah, terima kasih yang tak terhingga di atas segala kasih sayang, jasa dan pengorbanan yang abah curahkan kepada kami, anak-anakmu. Sesungguhnya kami semua merindui abah! Semoga roh arwah abah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al fatihah~


Sunday, June 19, 2011

MUH ft. Hazama - Pokok (Lirik+Kord)

Ini satu lagi lagu yang membuat aku terpukau dek suara hazama. First aku dengar ialah versi MUH feat Nubhan. Tapi aku kurang berminat sangat sebab vokal nubhan kurang rock dan nampak tak sesuai dengan muzik MUH. Orang kata lagu Pokok ni asalnya hazama yang nyanyi.


Aku pun tanya la pakcik google, rupa-rupanya Hazama nyanyi lagi best! Barulah sesuai~ Ok, dah start layan sore hazama je skang. Aku letak lirik dan kord yang aku cari sendiri skali ni! Jamming jom!

Intro
A C#m Bm E

A
Tersesat malu bertanya
E
Tak tahu tak tahu ke mana
A E
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

A
Menyusur di kaki lima
E
terlihat bayang wajah kelmarin
A E
Tersentuh hati bagai luruh

[1]
Bm
Tanya sama pokok
C#m
Apa sebab goyang
Bm A
Jawab angin yang goncang
Bm
Terbang burung terbang
C#m
Patah sayap diduga
D E A
Seandainya rebah kau masih ada

[2]
A
Terlalu mahu dan mahu
E
terlupa apa yang belum
A E
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

A
Tak mudah namun tak susah
E
terserah atas pilihan
A E
Tersentuh hati mula luruh

Ulang [1]

A
Nanana.. nananana..
E
Nanana.. nananana..
F#m E
Nanana.. nananana.. na…

F#m
Kau masih ada
E
Kau masih ada
F#m C#m A
Kau masih adaaa… ooooooooo!


Ulang [2]
D A
Tanya sama pokok…

Thursday, June 16, 2011

Hazama - Cinta Teragung (Video+Lirik+Kord)

Korang dah dengar lagu Juara AF9, Hazama? Tajuk dia Cinta Teragung. Minggu ni asyik pasang lagu ni je kat laptop. Lagu ni sebenarnya berkonsepkan ketuhanan. Mengisahkan seorang manusia yang macam kita, pernah melakukan dosa. Namun begitu di sebaliknya dia sangat ingin berubah dan terus mencuba untuk berubah. Kalau korang dah tengok official video clip lagu ni mesti korang faham. Bagi yang belum menonton, aku tepekkan video clip lagu ni kat bawah ni.



Amacam? Best? Pada aku best, pasal aku suka Hazama punye growling (betul ke nama teknik tu? aku rasa betul da..kalu korang tau beritahu la)..hehe mahal kot! Bagi aku la. Ok, tadi time lepak dengar cinta teragung ni aku dapatkan la kord lagu ni. Senang dan sempoi! Layan~

Lagu: Kuncidemak
Lirik: Kuncidemak & Rafiq Bakar

intro
Em Bm/F# G A

Bm F#
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Bm F#
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Em F# G
Ternyata tak terkata
A
Rinduku padamu


(Chorus)
D
Ku takkan bisa menjadi lebih
F#
Dari apa yang terdaya
Bm
Namun ku tetap berjanji
Am D G
Akan masih mencuba untuk
D
Memujuk hatimu
Em
Mencintai aku
F#
Kerna semua yang ada
F#
Hanyalah untukmu

Bm E G A 2x
Ho huo oo..

Em Bm
Secebis perasaan ku hamparkan
Em
Membawa sejuta harapan
Em
Menagih cinta
A
Teragung darimu

*Ulang Chorus

Bm F#
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Bm F#
Untuk mencurahkan semua isi hatiku



Thursday, June 9, 2011

Tuntunlah Jiwaku - Lirik

Ini satu lagi lirik yang aku tulis masa semester akhir di UTM. Lagu dah siap, cuma music arrangement belum sempurna. Guide dah ada. Mungkin kena betul-betul dapatkan yang betul-betul masuk dengan jiwa lagu ini. Nak wat bunyi string lebih sikit ni. Apapun nantikan kemunculannya. Rasa-rasa nak try nyanyi lagu ni, beritahu je aku k.

Masih sempatkah
Ku menuntun jiwa yang gelap gelita
Yang kian kelam
Di telan fana
Oh dunia Oh dunia

Apakah ada cahaya
Dapat menyuluh semula hatiku
Hidup yang resah
Agar kembali memancarkan sinarnya

Oh tuhanku
Tuntunlah jiwaku
Ke jalan redhamu
Yang selama ini
Di damba diriku
Oh tuhan tuntunlah
Tuntunlah jiwaku

Oh tuhanku
Tuntunlah jiwaku
Bantulah diriku
Mulakan yang baru
Dengan petunjuk darimu tuhan
Tuntunlah jiwaku

Masih mungkinkah
Dapatku hela nafasnya
Yang pasti ingin ku rasa
Sebelum tibanya saatku

lirik/lagu: izzat yusof (Souteen Entertainment)

Tuesday, June 7, 2011

Cover 'Perpisahan Ini'

Lama tak tulis di sini. Kali ini nak upload satu lagu yang sempat aku rekod tak lama dulu. Bulan lepas kot. Tajuknya 'Perpisahan Ini' oleh First Edition & Aizat. Lagu ini memang sedap, dan sebab itu aku try rekodkan ini. Dengar dan komen ok! :)


Thursday, February 24, 2011

Buat Minus One sendiri je!

Alhamdulillah, semalam 22 Febuari 2011, saya telah dapat menyiapkan ebook yang pertama saya. Saya tulis ebook ini berdasarkan pengalaman saya menghasilkan minus one sendiri. Saya seorang yang suka menyanyi. Sejak dari bangku sekolah memang saya terlibat secara langsung dalam aktiviti nyanyian terutamanya nasyid.

Saya sering mencari lagu-lagu minus one di internet. Memang bukan senang nak dapatkan minus one samaada di pasaran mahupun di internet. So, saya dan rakan-rakan sentiasa mencari alternatif untuk hasilkan minus one sendiri. Walaupun tidak sesempurna lagu asal, tapi ianya sudah cukup untuk mengiringi nyanyian kami di waktu itu.

Saya telah catat semua 3 kaedah menghasilkan minus one sendiri di Rahsia Minus One. Saya sebenarnya memang tidak pandai bermain alat muzik, dan oleh sebab itu saya sendiri yakin anda boleh hasilkan minus one dengan ketiga-tiga kaedah ini walaupun anda seorang yang langsung tidak tahu bermain alat muzik!

Mungkin anda masih blur dengan apa yang saya ceritakan di sini. Saya cadangkan anda untuk dapatkan edisi percuma RAHSIA MINUS ONE di bawah. Klik gambar!


Wednesday, February 16, 2011

Tolong saya! Zarul mesti marah saya buat macam ini!

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya nak anda tonton video ni kejap.



Kontroversikan tajuk saya ni? hehe bukan apa sebenarnya saya baru je belajar sesuatu dari Zarul Umbrella. Tak rugi saya memiliki ebook Rahsia Vokal. Saya boleh belajar muzik dengan konsep yang betul.

Ok, dalam video di atas saya ada tunjukkan yang anda boleh bermain muzik dengan keyboard PC/laptop anda sahaja. Dan saya memang nak ajar anda macam mana nak main keyboard guna keyboard PC/laptop anda. Saya sedang siapkan video-video tutorial kepada ahli group Belajar Vokal di facebook.

Tak semua orang dapat akses video ni. Hanya untuk pembeli ebook RAHSIA VOKAL dari link http://rahsiavokal.tk ini sahaja!

Saya tak cerita banyak, sebab saya nak kongsikan banyak cerita dengan ahli group Belajar Vokal di Facebook. Jika anda nak jadi salah seorang ahli, sila dapatkan ebook Rahsia Vokal sekarang juga. Anda juga akan dapat Panduan Membaca Nota Muzik secara percuma!


Tuesday, January 18, 2011

Lima tahun berlalu...

Setelah hampir lima tahun dalam menghasilkan karya-karya sendiri, saya akui banyak kelemahan yang perlu di perbaiki dari segi mutu karya-karya saya. Setakat hari ini, karya-karya saya hanya mampu di nilai oleh diri sendiri dan bukannya orang lain. Ini adalah suatu pencapaian yang kurang bagus dalam berkarya. Setiap jiwa yang seni seharusnya mampu menghasilkan karya yang mampu menyentuh pemikiran insan-insan yang berfikir dan meneliti bait-bait lirik dan susunan muzik yang mengiringi.

Jujurnya, saya tidak pernah menghadiri mana-mana kursus muzik secara langsung, akan tetapi saya belajar dari rakan-rakan dan sumber-sumber informasi di internet. Dengan itu saya peroleh sedikit ilmu yang mana saya mungkin mampu untuk berkarya terus sehingga ke hari ini. Berkarya adalah sebagai HOBI sahaja, niat saya murni. Tak lain tak bukan untuk menyebarkan mesej-mesej kebaikan dari sudut pandangan saya.

Sehingga ke hari ini, saya hanya ada lebih kurang 20 lagu sahaja. Tak banyak dan kecil saja jumlahnya. Sebenarnya saya lebih sukakan muzik folk dan ballad. Saya amat meminati rock dan RnB. Namun begitu, mungkin ia memberi sedikit kesan dalam mempengaruhi saya berkarya. Muzik folk yang menjadi kegilaan saya ini adalah pengaruh dari Ebeit G Ade, M Nasir dan Kopratasa. Saya sangat bercita-cita menghasilkan muzik folk yang memberi kesan yang mendalam bagi pendengar.

Bagi yang membaca ini, mungkin ada yang pernah mendengar hasil karya saya dan mungkin ada yang tidak pernah. Saya mengharapkan kritikan membina daripada anda dalam mengarahkan halatuju saya dalam seni penciptaan lagu ini.



Sunday, January 2, 2011

Episod 1 - Puisi yang Terpacul

Jam sudah menunjukkan dua pagi tadi, tapi aku tak dapat tidur lagi. Yang pasti bukan sebab tengok 'jangan tidur lagi' kat TV3. Lagipun 'Jangan Tidur Lagi' siaran bukan pagi tadi (kot). Hm, mungkin sebab sudah tidur sejam selepas isya'. Bosan-bosan, aku memetik gitar mengalun melodi intro Kenangan Bersamamu dendangan Letfhanded (info:aku bukan kidal). Baru sehari belajar intro dengan Angah. Sekarang maybe dah cekap sikit (kot). hehe Adik dah jeles tengok aku dah boleh layan intro tu. Mule la dia dok kenen-kenen suh aku ngajor die lak.

Aku rase dah 2-3 hari aku dok berlatih intro ni. Pagi petang siang malam dok main mende same je. Aku fikir mesti mak bosan dengar. huhu Ok, sebenarnya aku nak kongsikan sebuah puisi yang aku tulis pagi tadi. Oops, bukan tulis sebenarnya, Aku taip dalam handset je.

Sebelum baca puisi ni, silalah baca Bismillah.



Bagai mengisi kosong di dalam bekas
Seperti air lincah mengalir
Memenuhi ruang selagi sempat

Di minum di basuh di simbah
Bila-bila pun di guna pakai
Wajib guna bila masa
Ada ketika harus pun ia

Air kotor air bersih
dua-dua jauh beza
campur jadi keruh
pisah jadi harus

Satu adat jadi resam
Resam air tak putus di cincang


p/s: Maaflah jika kurang puitis, baru belajar. Ade komen?silekan. Terasa lain bila tulis puisi yang berbeza dengan lirik.huhu senang-senang kliklah nuffnang..

Sunday, December 19, 2010

Dengarkan SERUAN mereka!!!

Pernah dengar lagu Seruan dendangan lefthanded?ha best kan? tapi aku bukan nak cerita pasal dorang. Aku nak cerita pasal seruan yang ini. Siapa pernah dengar grup Da'i Nada? Grup ni dari Indonesia. Aku kenal grup ni pun dengar lagu Maly Rabbun Siwah atu versi Melayu dia 'Sejuta Harapan'. Serius dengar la beb. Best!! Tak pernah dengar? Nah aku bagi dengar~


Best tak? Nak cari lagu dorang ni susah. Puas dah aku selongkar kat google, tak jumpa. Takpe lah, aku pun download la video ni at least ade gak audio nak dengar. hehe. Kalau nak dengar versi arabic punye boleh la ke youtube taip la tajuk yang aku bagitau tadi. Ini ade sebiji lagi lagu yang masyuk, tajuk die takde. Tapi lagu memang sedap giler. Ala-ala lagu raihan gitu. Memang menusuk kalbu la. Aku tengok semula kat youtube tak dapat nak bukak jadi terpaksa la upload semula. Dengar meh!!


Amacam? apa pendapat korang pasal lagu ni? menusuk kalbu kan?sedap sungguh..terasa sampai dalam jiwa la kata orang. Aku punye la berangan nak nyanyi lagu ni. Kalau nak cari mp3 lagu ni jangan harap la, memang tak jumpa melainkan korang tau ape tajuk lagu ni. Aku ada cara camne nak dapatkan. Haha caranya download video then convert kepada audio. Ha, senang kan? itu satu hal.

Untuk siapa-siapa yang rasa nak recording sendiri aka karaoke boleh la amik minus one yang aku wat sendiri. Tapi aku da ubah sikit, ade cam intro dalam 22 saat. Ok la kan? try la download then record. Pas record boleh kasi aku dengar..heheh silekan..

Ni minus one lagu untitled ni :

Saturday, December 11, 2010

Insyaallah (lirik+kord)

Insyaallah, rabu depan ada performance kat UTM Skudai, organizer request lagu Maher Zain. Nak taknak kena la cari lagu Maher Zain . Lagu Insyaallah ngan Chosen One jadi pilihan. Lirik tak ngafal lagi.huu..Jamming sket sambil ngafal baru masyuk. Layanz..


Intro : Bm  G  A  F#
Verse 1:
 Bm                          G 
Every time you feel like you cannot go on
 A 
You feel so lost and
   F# 
That you're so alone
 Bm 
All you see is night
     G 
And darkness all around
  A 
You feel so helpless
        F# 
You can't see which way to go

Bridge:
     A                            G 
Don't despair and never loose hope
     A                            F# 
'Cause Allah is always by your side 

Chorus:
 Bm       G      A 
Insya Allah x3
      F# 
you'll find your way
 Bm       G      A 
Insya Allah x3
      F# 
we'll find our way

Verse 2:
 Bm                      G 
Every time you can make one more mistake
   A 
You feel you can't repent
   F# 
And that it's why too late
 Bm 
You're so confused,
  G 
Wrong decisions you have made
 A                    F# 
Hunt your mind and your heart is full of shame 
Bridge:
  A                             G 
Don't despair and never loose hope
  A                             F# 
Cos' Allah is always by your side
 Bm       G       A 
Insya Allah x3
    F# 
you'll find your way
 Bm       G       A 
Insya Allah x3
    F# 
we'll find our way

Friday, December 10, 2010

Lagu Baru tanpa tajuk

Baru siap buat lagu ni dalam 3 hari ni. Takde tajuk. Tak siap arrange. Lirik tak siap. Ade Komen??

Anda GELI? Saya...

Tepat jam 1 pagi, Remy (bukan IShak) telah meng'buzz' FBchat aku. Antara perbualan terakam ialah:

RG : Jat!!!
IY : Remy!!
RG : Aku da tengok~
IY : tengok ape?
RG : tengok ni..(sambil menunjuk ke arah PC nyer)
IY : (aku menjeling laptopku lama-lama..) erm..
lol..
RG : result aku ni..
geli la..
IY : GELI??eeyyarkk!!
RG : Siot!!
result ADE da kuar!
IY : ADE da kuar????
da kuar..kuar..kuar (bunyi gema dek mic headphone yang ade
'sounddelay' plus dengan 'echo' kt laptop)..ko camne?
RG : Aku GELI la..
IY : Geli2..eyark!
ko wat aku nebes!
aku da mule GELI..
RG : ha..
aku da kate
kan da mule GELI..
haha
IY : jap aku tengok
RG : tgk2..
(2minit kendian)
da tengok..
huhu
RG : camne?geli tak?
IY : eyark!!
GELI jugak!!
hahaaaa
hahaa
RG : tahniah!!
geli bersama2..
hahahaha
IY : hahahaaa



antara yang sempat di snap!

*RG=Remy , IY=aku

Al-kisah yang terakam ini bukanlah rakaman sebenar kerana pada waktu tersebut tiada alat perakam yang canggih lagi terer..haha. So ape yang ingat aku tulis dan menambah efek yang bermetafora palsu sedikit. Namun konsep dan jalan cerita yang sama..

P/S: sape tau maksud GELI di atas?? respon la kalau tau..

P/P/S: Cube tengok kat sidebar kiri bawah About Me tu. Kan ade ruangan 'Klik Klik Di Sini'. Cube klik situ.ape yang korang dapat, cube bagitau..TQ


Sunday, November 28, 2010

TMO(Final): PDE & Mekanik

Esok adalah hari terakhir ku menghadapai exam kali ni. Ada dua paper penting yang bakal mengubah mimpi menjadi realiti (Eh?macam kenal ayat ni..katne ek? AF kot..haha). Insyaallah, dua-dua paper ni tak susah dan tak senang sebab aku yakin, dalam soalan esok ada yang susah (tak senang) dan ada yang senang (tak susah). Kan?mesti la. Kan da belajar macam mana nak buat soalan exam dulu?

Mana-mana soalan senang aku jawab dulu. Yang susah aku jawab kemudian. Kalau susah jugak, trick die senang je.
  1. salin soalan semula
  2. tulis rumus mana-mana yang berkaitan
  3. penggantian ke dalam rumus

hehe..ini adalah antara trick-trick yang menyumbang kepada markah B1 iaitu mesti betul 1 markah.haha Insyallah.. jangan kosong setiap soalan sudah..Nak-nak last paper ni..hehe pastu petang esok tepat jam 3 atau 4 petang aku da di istiharkan M E R D E K A !!!!..haha

oopss..sebelum terlupa doakan aku ye..

"Ya Allah Ya Tuhanku..Permudahkanlah Mohd Izzat Mohd Yusof semasa menjawab kertas peperiksaan Partial Differential Equation dan Mechanics pada 29hb November 2010.Tenangkanlah hatinya ketika menjawab soalan tersebut Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin.."

Thursday, November 25, 2010

Tanda Lelaki Sayang

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup.

Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.



Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu? Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


sumber: www.tentangcinta.com

Wednesday, November 24, 2010

TMO 'LA'

Alhamdulillah,semalam selesai sudah paper DE aku. Syukur dapat juga jawab walaupun tidak semua soalan yang di jawab sempurna. Tapi ada juga yang tak kurang menggusarkan aku. Carrymark tak tahu lagi.huhu Apapun,usaha dah sudah, doa sajalah yang mampu mengiringi!



Kini tinggal lagi 3 paper kesemuanya. Insyaallah Jumaat ini akan menyusul! "Aljabr Wal Muqabalah"..huhu Ya Aljabar! Aljabar Linear!Yang ini pun baru mula buat review. Insyaallah sambil-sambil ni, boleh buat exercise apa yang patut. Masa pun tak banyak, aku je yang sikitkan masa dengan mende-mende yang men'sikit'kan masa tu.hohoh

Macam biasa, doakan aku ye!
"Ya Allah, Permudahkanlah Mohd Izzat Bin Mohd Yusof semasa menjawab peperiksaan Linear Algebra pada 26hb November ini. Tenangkanlah hatinya..amin.. Ya Allah"

Friday, November 19, 2010

TMO 'DE'

Tinggal 3 hari je lagi, 'peperangan' akhir akan bermula semula selepas sebulan yang lepas. hu Insyaallah akan bermula jam 9 pagi. Alhamdulillah, dalam semester ni aku rase dapat belajar dengan tenang. Aku dah mula fokuskan pada objektif besar aku berbanding objektif-objektif kecil.
Ni kali kedua aku amik paper ni. Insyaallah, kali ini pasti akan membuahkan hasil. Aku Y A K I N !!. Aku dah prepare apa yang patut untuk subjek ni dan tentu masih belum cukup untuk mencapai target. So, ni aku sedang menghabiskan saki-baki terakhir untuk memantapkan lagi minda dan fizikal aku dalam menghadapi 'peperangan' penting ni. Ha! ni ada mende penting nak korang baca!

"Ya Allah, Permudahkanlah Mohd Izzat Bin Mohd Yusof semasa menjawab peperiksaan Differential Equation pada 23hb November ini. Tenangkanlah hatinya..amin.. Ya Allah"

Itu aje, nak mintak korang doakan aku. Bolehkan. Aku doakan agar Allah permudahkan segala urusan korang semua..amin! Insyaallah! thanks~

Monday, November 15, 2010

Album Sami Yusuf - Wherever You Are (Review)



Alhamdulillah, dah selesai dengar lagu-lagu Sami Yusuf dalam album terbaru beliau Wherever You Are. Nak dengar jugak? Nah..dengar sebijik.




Dalam satu album ade 15 Track. Kalu dengar semua lagu die memang masyuk la. Bagi aku lagu-lagu Sami Yusuf ni lagi dekat dengan jiwa aku daripada lagu-lagu Maher Zain. hoho Kalu dengar Maher Zain ni 'kureng' sikit.hoho

Siapa yang dah pernah dengar lagu Sami Yusuf ni dalam album Without You? Ura-ura mengatakan yang lagu-lagu dalam album tu hanyalah demo. Tapi syarikat yang sebelum ni Awakening Records beria-ia nak launch jugak album tu. Yang sedihnye dorang launch tanpa pengetahuan Sami Yusuf.huhu camne tu. Sekarang Sami Yusuf dah bertukar syarikat rakaman iaitu ke ETM International.


Kalu di bandingkan lagu-lagu yang dalam Album Without You dengan Wherever You Are, ade dua lagu yang same iaitu Without You dengan He is There. Tapi tajuk lagu He Is There dalam album Wherever You Are ni die panjang sikit jadi In Every Tear, He Is There. Tapi nak di nyatakan kat sini yang arrangement dalam album Wherever You Are ni lagi best. Sebab lebih instrumental. Betul! dengar la.

Dalam kesemua 12 lagu yang ade dalam Wherever You Are ni, aku paling suka lagu Without You dengan No Word Is Worthy. Lagu Without You sebab arrangement baru ni buat aku terkesan sikit la. Yang No Words Is Worthy ni sebab ada dua rangkap Melayu dalam lagu ni. Wah Sami Yusuf nyanyi Melayu beb! Macam Yasin Sulaiman gak la. Memang la, sebab lirik melayu tu Yasin yang buat.hehe Dengarlah..ni aku nak bagi free lirik lagu siap kord gitar lagi. Kord gitar tu aku cari sendiri, kalu sumbang ubah sendiri k! nah!

NO WORD IS WORTHY

G#m F#m E D#m
Allahu Allah..

F#m
Searched for the words
E
To describe your beauty
C#m
No matter how I tried
D#m
No word seemed worthy

(yang ni kord die ulang2 je. Same macam yang atas)
F#m E C#m D#m
Struggled to find
The right words for You
Words just fail to describe
What's deep inside


G#m F#m E D#m
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

F#m E C#m D#m
(URDU)
Zemmeen Aseman, Jinn-o-Insaa bhi
(Earth and the Heavens, Jinn and Mankind)
Teri taa'reefein, Kartey bayan sabhi
(All praise Thee)
Bekhud huey, Dono jahan hi
(So both worlds become intoxicated)
Ruh se nikley, Jab ye kalma…Subhan Allah…
(When the soul recites this one word…Subhan Allah)

G#m F#m E D#m
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, Wa Allahu Akbar

F#m E C#m D#m
(FARSI)
Dar havaye To
(In Your remembrance)
Par migoshaayam
(I spread my wings)
Be omidi ke roozi
(In hope for the day)
Sooye To ayam
(I come to You)
Dar vasfe To
(In describing You)
Jomleha ra gashtam
(I searched sentences)
Kalameyi najostam
(I found no word)
Joz inke gooyam
(Except to say)
G#m F#m E D#m
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, Wa Allahu Akbar

F#m E C#m D#m
(MALAY)
Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)
Moga menjadi zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)
Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)
Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)

G#m F#m E D#m
Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, Wa Allahu Akbar

*Pastu Turun 2 keys
C#m Bm Am G#m

Music & Words: Sami Yusuf
Urdo Words: Mehboob
Farsi Words: Ustad Firooz
Maly Words: Yasin Sulaiman
Produced by Sami Yusuf





Jom Buat Duit Percuma Hari Ini!